KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Friday, 25 May 2018

THE AMAZING OF WEEK14 (UNIVERSITY LIFE)

Hah gempak tak tajuk , 'The Amazing of Week 14'... Insan yang bergelar mahasiswa/i je tahu apa makna tersirat untuk Week 14 ni.. hahahaha mengapa tidak? week 14 ni jugalah segala assignment perlu dihantar, perlu dibentang, dan segala yang memerlukan.. 😄😄... Ya Allah tipu sangatlah aku tak tertekan dengan menghadap assignment yang bertimbun bagai nak rak ni.. lagi-lagi assignment Prinsip Perakaunan, dia punya kesabaran untuk menyiapkan Projek Berkumpulan tu cuma Allah sahajalah yang tahu.. Tapi diri ni kira bernasib baik sebab dapat kawan-kawan yang boleh berkerjasama dengan baik, yang tak boleh nak bagi kerjasama tu semoga Allah membalasnya lah yaa.. aku malas nak pertikaikan , sebab Allah sentiasa Adil untuk hamba Dia yang sentiasa berusaha.. aku percaya Allah nampak, aku percaya Allah ketahui apa yang aku tak tahu... 😊😊
Sepanjang minggu ke-14 ni jugalah, ada 3 subjek aku akan hadap untuk pembentangan projek akhir... semoga semasa pembentangan dijauhkan daripada perasaan gugup, dan semoga juga diri sendiri ni yakin untuk bagi penerangan yang jelas kepada pendengar,.. Aamiin 😂😂 bukan apa, waktu pembentangan tulah semua akan fokus dekat kita, kalau kita sendiri tak yakin dengan kemampuan diri sendiri , macam mana kita nak yakinkan orang lain?? sebenarnya bagus juga kalau ada pembentangan ni, secara tidak langsung kita akan dididik untuk bercakap dikhalayak ramai, dan dapat membina keyakinan disamping menyampaikan sesuatu pendapat kepada orang ramai 😏😏
Harapan untuk semester 2 tahun 1 ni , semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberikan rezeki yang melimpah ruah... semoga juga dapat lulus dengan cemerlang dalam semua matapelajaran, kalau boleh tak naklah ada C .. tak pasal-pasal cacat result aku 😭😭
Untuk Tahun 2 nanti , semoga Keputusan untuk ambil Majoring Ekonomi Monetori dan Dasar Fiskal dipermudahkan dan dapatt menjadi salah seorang mahasiswi yang berjaya yang dapat berbakti kepada nusa dan bangsa