KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN
Showing posts with label University. Show all posts
Showing posts with label University. Show all posts

Saturday, 19 May 2018

CITRA PENULISAN PANTUN

Teringat masa sem 1 Tahun 1 aku ambil subjek citra penulisan pantun kreatif.. Nampak macam mudah, tapi projek bukan main susah erh.. tapi memandangkan aku dah ada pengalaman daripada aku Form 3 sampai Form 5, dah dibiasakan dengan pendedahan pantun , jadi anggap jela segala kesukaran tu jalan nak pergi kejayaan hahaha… ingat lagi sepanjang buat assignment pantun , kena cipta 30 rangkap pantun then kena persembahkan dalam bentuk lagu, kena buat drama pantun, ada kuiz pantun (reka pantun) dalam tempoh 1 Jam 15 minit. Hahhahahaha ya allah bila ingat balik, dia ada sakit dia ada bahagia.. tapi bestlah sebab dapat jumpa kawan-kawan daripada fakulti lain, memanglah awal awal malu-malu kucing .. tapi bila dah kenal antara satu sama lain , maka keluarlah segala perangai.. HAHAHAHHA… sekarangpun kalau jumpa, masing-masing bertegur .. yang tak bertegur tu tak kisahlah, diri sendiri pun dah besar.. HAHAHAHA lagipun aku tak kisah pun… halaa namapun manusia kan, mungkin perasaan malu tu tinggi , kekok ke apa kan.. fikir positif jela
Hah aku nak tunjuk beberapa hasil karya aku mengenai pantun riwayat diri walaupun tak semua 30 rangkap tapi cukuplah untuk beberapa contoh sebagai peneman untuk pembaca-pembaca blog sekalian.. jangan gelakkan , sebab aku taulah aku punya tak best :-


Anak raja pergi ke Paya, Sultan dipandang penuh mulia,
Ternampak pula seorang bidadari, Memberi titah di tepian kolam,
Estinovija itulah namanya, Lapan ogos lahir ke dunia,
Merungkai kisah personality diri. Tepat jam sebelas di waktu malam.


Burung dara membuat sarang, Tumbuh mewangi melati ditaman,
Baju jepang beri berpita, Kelopak bertaburan di tepian kolah,
Diriku ini cumalah seorang, Tawa dan tangisku jadi peneman,
Hanya berteman ibu dan bapa.                   Menjadi kebanggaan ibu dan ayah.


Batik dilakar motif raflesia
Buat bingkisan seorang kelasi,
Ibu dan ayah dari Indonesia,
Datang merantau mencari rezeki.
Sebelum habiskan entry, aku nak share beberapa gambar kelas untuk Pantun Kreatif ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€.. semoga jumpa awak awak semua di lain hari .. Aaamiin ! 
 



APA ITU STATISTIK UNTUK EKONOMI DAN PERNIAGAAN ?

Statistik yang aku belajar di Dewan Kuliah 3 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UKM, sepanjang hari khamis pukul 8.30 pagi sehingga 11 pagi akan berakhir tak lama lagi.. rasa macam sedih sebab subjek kegemaran dah nak jumpa penghujung (Minggu -14).. Ok berdasarkan nota-nota yang aku catat ni, statistic tu merupakan suatu kaedah saintifik untuk mengumpul, mengurus, meringkas, mempersembah serta menganalisis data… dalam persembahan data ni kita akan dibahagikan kepada dua iaitu dalam bentuk grafik dan jadual..๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ Data ni dia ada dua bahagian iaitu data primer dan data sekunder.. dua benda ni adalah berbeza maksud .. Data Primer ialah penyelidik bertanggungjawab untuk kumpul segala data yang berkaitan, manakala data sekunder  laporan yang diperoleh adalah berdasarkan data yang lepas.. ๐Ÿ˜
Cabang statisitk ni terbahagi kepada dua iaitu statistic deskriptif dan statistic inference,… masa awal-awal belajar dulu tak pernah faham apa bendalah deskriptif dan inference bagai ni, tapi bila dah mula belajar owh baru faham ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ … sebenarnya statistic yang aku belajar ni adalah benda asas bagi program pengkhususan Ekonometrik dan Stastik gunaan.. tapi bagi aku belajar stastik ni seriously best sebab sambil belajar sambil otak aku berfikir cara penyelesaian untuk sesebuah permasalahan,.๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ dan kalau boleh jujur, subjek statistic lah paling aku minat sebab aku suka Puan Nafisah Mohammed ajar , cara dia mengajar mengingatkan aku dekat cikgu matematik zaman sekolah dulu..๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ satu-satu di jelaskan, dan mudah untuk aku faham.. Alhamdulillah Allah permudahkan semasa aku menjawab soalan stastik untuk midsem hari tu, tapi tak taulah secara keseluruhan boleh skor A ke tidak.. tapi harap-harap dapat, sebab mengharapkan betul untuk skor subjek ni.. Kalau dapat A memang sujud syukur betul ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Eh sambung semula untuk bahagian statistic deskriptif kita akan belajar mengenai visual contohnya macam carta pai , graf, histogram dan graf bar… kalau untuk teknik numerical kita akan belajar min (purata) , julat, median,mod…. Kalau untuk inference pula, kita akan menggunakan kaedah kesimpulan.. statistic inference ni digunakan untuk penganggaran hipotesis dan ramalan… hah start daripada kuliah 7 sampailah ke kuliah 13 … memang otak akan belajar berkenaan cara pembuktian hipotesis je.. aku suka sebab benda ni mencabar… tapi nak fahamkan dia , kita kena sentiasa buat latihan .. itu cara penyelesaian .. cukuplah Matematik aku dulu dapat markah yang tak memberangsangkan.. walaupun sekadar lulus tapi Alhamdulillah lah.. mungkin Allah nak aku belajar dengan lebih bersungguh-sungguh untuk hari yang mendatang.. Moga segalanya dipermudakan.. Aamiin 
Kesimpulannya disini, belajar dan kejarlah ilmu semua tu.. jangan pernah ada kata putus asa ataupun tak boleh dalam kamus kehidupan.. Ingat-ingatlah juga, orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh buat .. tak ada yang mustahil dalam dunia ni.. Ingatlah Estinovija Sri Dwihandayani Binti Weldan, semua akan dapat dicapai kalau kau sentiasa berfikiran positif dan percaya dengan kemampuan.. sebenarnya kau boleh Cuma kau je malas HAHAHAHAAH ..
SEKIAN TERIMA KASIH 

KEPUTUSAN MAJORING TAHUN 2


Pada 18 Mei 2018 (Jumaat) satu keputusan mengenai permohonan untuk program wajib modul telah dikeluarkan . Syukur Alhamdulillah aku lepas dan diluluskan untuk ambil wajib modul Ekonomi Monetori dan Dasar Fiskal ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜.. walaupun ramai yang cakap susah dan sukar untuk skor tapi aku akan jadikan 2 perkara tersebut sebagai salah satu pendorong untuk aku buktikan yang aku mampu untuk hadapi dan cabaran yang mendatang. Tak ada yang senang di muka bumi ni , nak berjaya kena berusaha lebih, nak cemerlang kena istiqomah… ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Škalau dah berjuang habis-habisan, barulah kita boleh fokus untuk berserah kepada yang Maha Esa, semoga apa yang kita lakukan diberkati olehNya… Aaamiinn

Masa tau dapat keputusan majoring tu rasa bahagia Cuma Allah sahaja yang faham, sukar nak digambarkan sebab dalam kepala otak ni dah macam-macam planning aku nak buat๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–… hahahahha sebenarnya sedih sebab tak boleh nak skor Math masa sem 1 dulu , kalau tak mesti boleh ambil ekonometrik tapi tidak mengapa dalam kos Ekonomi Monetori dan Dasar Fiskal ni pun rasa dah bersyukur.. ๐Ÿ˜Ÿ๐Ÿ˜ŸIn Shaa Allah adalah peluang yang mendatang . bak kata Dr Shahida, jangan terlalu fikirkan pekerjaan, selagi bergelar mahasiswa kejarlah ilmu, carilah ilmu sebanyak mungkin sebab setiap ilmu yang dipelajari ni lah yang akan memberi manfaat untuk kita .. Sebagai contoh mungkin bukan untuk diri sendiri tapi mungkin untuk sebuah negara.. ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎwalaupun tak dapat berjuang untuk berperang (kononnya) tapi cukuplah dengan menghasilkan buah fikiran untuk menyelesaikan masalah ekonomi dengan memberikan beberapa cadangan…๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Bila difikirkan memang betul apa yang dr shahida cakap, sebab mana ada dalam dunia ni akan datang bergolek pada diri kita… benda yang senang pun kadang-kadang akan menghilang.. jangan terlalu ikutkan orang, yang nak berjaya kita bukan orang lain.. Anggap jela mulut-mulut orang di luar sana yang mengata tu sebagai seorang syaitan yang menghasut, nak lawan syaitan senang je buktikan yang sebenarnya kita lagi mampu dan lagi hebat ๐Ÿ˜๐Ÿ˜… semoga Tahun 2 nanti aku akan dapat menjadi salah seorang mahasiswa yang berjaya , dan di anugerahi Anugerah Dekan.. Semoga Allah dapat membantu aku sebagai seorang anak untuk berbakti kepada orang tua sepanjang bergelar Mahasiswa. Aamiin..๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ