Pada 18 Mei 2018
(Jumaat) satu keputusan mengenai permohonan untuk program wajib modul telah
dikeluarkan . Syukur Alhamdulillah aku lepas dan diluluskan untuk ambil wajib
modul Ekonomi Monetori dan Dasar Fiskal ๐๐.. walaupun ramai yang cakap susah dan
sukar untuk skor tapi aku akan jadikan 2 perkara tersebut sebagai salah satu
pendorong untuk aku buktikan yang aku mampu untuk hadapi dan cabaran yang
mendatang. Tak ada yang senang di muka bumi ni , nak berjaya kena berusaha
lebih, nak cemerlang kena istiqomah… ๐๐kalau dah berjuang habis-habisan, barulah
kita boleh fokus untuk berserah kepada yang Maha Esa, semoga apa yang kita
lakukan diberkati olehNya… Aaamiinn
Masa tau dapat keputusan
majoring tu rasa bahagia Cuma Allah sahaja yang faham, sukar nak digambarkan
sebab dalam kepala otak ni dah macam-macam planning aku nak buat๐ฉ๐๐… hahahahha
sebenarnya sedih sebab tak boleh nak skor Math masa sem 1 dulu , kalau tak mesti
boleh ambil ekonometrik tapi tidak mengapa dalam kos Ekonomi Monetori dan Dasar
Fiskal ni pun rasa dah bersyukur.. ๐๐In Shaa Allah adalah peluang yang mendatang
. bak kata Dr Shahida, jangan terlalu fikirkan pekerjaan, selagi bergelar
mahasiswa kejarlah ilmu, carilah ilmu sebanyak mungkin sebab setiap ilmu yang
dipelajari ni lah yang akan memberi manfaat untuk kita .. Sebagai contoh mungkin
bukan untuk diri sendiri tapi mungkin untuk sebuah negara.. ๐ฎ๐ฎwalaupun tak dapat
berjuang untuk berperang (kononnya) tapi cukuplah dengan menghasilkan buah
fikiran untuk menyelesaikan masalah ekonomi dengan memberikan beberapa
cadangan…๐๐
Bila difikirkan memang betul apa yang dr shahida cakap, sebab mana ada dalam dunia ni akan datang bergolek pada diri kita… benda yang senang pun kadang-kadang akan menghilang.. jangan terlalu ikutkan orang, yang nak berjaya kita bukan orang lain.. Anggap jela mulut-mulut orang di luar sana yang mengata tu sebagai seorang syaitan yang menghasut, nak lawan syaitan senang je buktikan yang sebenarnya kita lagi mampu dan lagi hebat ๐๐… semoga Tahun 2 nanti aku akan dapat menjadi salah seorang mahasiswa yang berjaya , dan di anugerahi Anugerah Dekan.. Semoga Allah dapat membantu aku sebagai seorang anak untuk berbakti kepada orang tua sepanjang bergelar Mahasiswa. Aamiin..๐ฎ๐ฎ
No comments:
Post a Comment