KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday, 6 April 2018

SIAPA KEKUATAN AKU ?


Hari ni aku akan ceritakan dekat sini siapa kekuatan aku yang sebenar dalam kehidupan realiti seorang Estinovija Sri Dwihandayani Binti Weldan.. ada tiga orang dalam dunia ni yang menjadi penyemangat aku dalam meneruskan kehidupan ni, lebih-lebih lagi bila dah masuk alam universiti iaitu mak, ayah, dan haikal.. 3 orang ni paling banyak berjasa dalam kehidupan aku.. Bila aku patah semangat, mereka bertiga ni lah yang akan selalu mengingatkan aku betapa pentingnya untuk bersabar.. Allahuakbar tipulah sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu di UKM ni ataupun dimana-mana institusi pengajian pun tak terlepas dari perasaan putus asa..  tapi kena sedar dari lamunan juga, sampai bila nak jadi manusia yang lemah semangat macam ni .. Sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa akan ada sebuah pengakhiran yang indah di hujungnya nanti..

bila ingat balik jasa mak ayah aku ni, tak boleh nak balas dengan wang ringgit.. aku nak mengimbas kembali zaman sekolah rendah, waktu tu tahun 2004 aku baru darjah 1.. Daerah Kota Tinggi memang dilanda banjir teruk, aku dengan kawan-kawan lain time tu kena pindah ke bangunan lebih tinggi sebab aras aku dah kena masuk air... tahu-tahu cikgu panggil aku, dan cakap "esti, ayah awak dah tunggu dekat bawah.. cepat turun"... waktu tu memang banjir teruk , masa tu keluarga aku belum ada kereta lagi... hanya ada aset motor Suzuki yang bunyi ekzos kuat sampai kadang-kadang sakit telinga aku dengar 😂😂😂... masa tu air memang dah naik, tapi ayah sanggup redah banjir tu semata nak ambil aku .. motor tu rasa macam dah nazak sebab kena air , tapi alhamdulillah selamat... pengorbanan seornag ayah, yang memang tak kan aku lupa sampai akhir nafas sekalipun... 
 

dengan ayah , apa yang aku nak semua dapat.. walaupun selalu gaduh dengan ayah tapi ayah selalu mengalah demi anak perempuan dia ni.. ayah aku tau yang anak dia memang seorang yang keras kepala, selagi kemahuan tak dipenuhi memang akan merajuk.. kata-kata ayah yang sentiasa bermain di minda "Biarlah ayah tak makan sekalipun , asalkan anak ayah boleh masuk universiti... walaupun orang di luar sana hina ayah dan mak cakap keluarga kita tak mampu nak tanggung anak belajar, ayah akan buktikan"... alhamdulillah sekarang anak ayah dah masuk universiti .. doa ayah termakbul... ayah berjaya didik anak ayah sampai ke peringkat menara gading walaupun ayah cuma belajar sampai tahap sekolah menengah (Tingkatan 3).. Ramai makcik-makcik cakap aku mewarisi kepandaian ayah dan kebijakan ayah... sebab dulu waktu ayah kecik, ayah sentiasa dapat markah yang baik dan cemerlang... ayah suka subjek Matematik, sebab tu anak dia suka bermain dengan nombor 😁😁



Mak pula, merupakan seorang insan yang sama tahap dengan ayah.. terlalu banyak pengorbanan dia, sampaikan aku ni tak tahulah sempat ke tak nak buat dia bahagia.. allahuakbar 😭😭... Pengorbanan dia yang sentiasa aku ingat sampai sekarang ialah masa aku darjah 6 lepas dapat keputusan UPSR, aku tak ditawarkan dimana-mana sekolah menengah.. dan mak aku memang rasa kecewa sebab dulu aku dapat 4A1B..  aku sendiri masa tu kecik lagi, masih belum matang.. waktu tu aku ingat lagi pukul 4.30 petang... aku pergi pejabat dekat sekolah aras tiga, mak aku tunggu dekat bawah... lepas dapat kan dokumen yang orang Pejabat Pelajaran Daerah nak, aku turun bawah dan aku tengok mak aku termenung jauh sampai aku panggil banyak kali pun dia tak perasan.. daripada situ aku rasa kesian sangat, mungkin mak dan menanam harapan yang tinggi untuk anak dia sambung di sekolah kluster..daripada situ aku tanam azam, bahawa aku tak kan kecewakan mak dan ayah.. aku nak buktikan pada semua yang aku boleh... walaupun aku tak dapat sekolah kluster tapi alhamdulillah kesudahannya aku dapat jua menjadi salah satu contoh pelajar terbaik di peringkat STPM... banyak anugerah yang diperoleh.. sungguh kuasa Allah yang sangat hebat , yang sangat indah susunan jalan kehidupan untuk seorang Esti.. 😔😔

kesimpulannya, aku mengharapkan semoga Allah merahmati kehidupan mak dan ayah. semoga sampai ke syurga aku tetap disatukan dengan mereka,.. semoga Allah memanjangkan umur mak dan ayah ... Mak ayah, doakan anak mak ayah disini yang sedang melanjutkan pelajaran, yang sedang berjihad untuk mencari ilmu pengetahuan... ada lagi 2 tahun mak... 2 tahun tak lama sekejap je... Esti sayang mak ayah dan haikal .... Life goals aku ialah buat mak dan ayah bahagia serta bangga dengan setiap pencapaian yang aku lakukan.. semoga Allah memberkati segalanya .. Aamiin 😊😊


Tuesday, 6 March 2018

PENGALAMAN KE LOMBOK (2016)


 

   Hari ni rasa macam nak cerita mengenai pengalaman yang lepas iaitu melancong ke Lombok.. sebenarnya tujuan bukan nak melancong , tapi menziarah keluarga ayah dekat sana... untuk pengetahuan semua, inilah pertama kali aku balik kampung yang terletak di Indonesia.. sepanjang hidup tak pernah balik ke sana.. kadang tengok orang lain balik kampung masa Hari Raya Aidilfitri rasa cemburu sangat... tapi nak buat macam mana ... 😟😭 8 March 2016 , aku bertolak dengan ayah ke Lombok dari KLIA 2 naik pesawat Air Asia... ibu tak dapat ikut sebab ada masalah dimana memang tak boleh nak dielakkan... Pertama kali juga lah aku naik pesawat hahahah , rasa macam alahai jakunnya aku nii 😂.. tapi segar lagi di ingatan, masa aku pergi ke sana aku dalam keadaan demam... ini namanya ujian.............. sampai sana dalam pukul 7.30 malam, alhamdulillah selamat jua sampai di destinasi... kehadiran aku dan ayah di sambut dengan baik oleh keluarga belah ayah ....







          



















Sebenarnya tujuan aku dan ayah balik ke Lombok ialah sebab keadaan kesihatan nenek yang buruk dan tenat.. nenek teringin nak jumpa aku dan ayah..... jadi aku kenalah penuhi permintaan dia 😊...seminggu juga aku dekat Lombok, dan banyak tempat-tempat best yang memang orang kata umpama syurga dunia.... lagi-lagi pantai.... dengan pasir dia yang indah, air laut yang kebiruan, langit yang cerah.... memang bagi ketenangan pada pengunjung 😍...... ada 3 pantai aku pergi,... yang pertama pantai pink, lepastu pantai bukit seger, dan akhir sekali pantai kuta... ramai betul foreigner dekat sana 😱..... sebab pemandangan dia yang cantik tu menarik minat pengunjung untuk datang ke Lombok... hah lawa kan pemandangan dia? 
Apa yang aku suka dekat Lombok ni, mereka ada bahasa daerah yang melambangkan kebudayaan mereka... Lombok ni budaya dia berbeza sedikit dengan budaya dari daerah lain, apa yang pasti orang perempuan semua berkain batik, jarang benar pakai seluar melainkan keluar pergi bandar... kalau dekat rumah, memang tak lekang daripada kain batik...... pernah suatu hari tu, aku keluar dengan sepupu, untuk beli barang dekat- dekat dengan kawasan rumah juga, masing-masing tengok aku lain macam hahahhaha 😂😂😂..... bila nak bayar , aku tanya berapa ringgit? Peniaga tu terus berkerut dan cakap bahasa lombok dengan aku mungkin sebab dia tak faham dan kurang fasih dalam bahasa Indonesia 😄😄..... makanan dekat sana semua sedap bagi aku, sebab aku suka makanan kampung, dan ada bakso juga waktu tu,.... rasa macam tak puas 😞..
Kesimpulan disini, aku harap semoga lepas ni aku boleh pergi ke Lombok lagi tapi lengkap dengan mak dan ayah. semoga juga ada rezeki yang membolehkan aku untuk berjumpa dengan keluarga aku di sana..... Ya Allah , Engkau lindungilah mereka walau dimana mereka berada, dan semoga Engkau merahmati keluargaku serta kurniakan mereka kesihatan yang bermanfaat.. Aamiin... 
Terima kasih semua untuk reader-reader sekalian sebab sudi baca entry post aku untuk kali ni..... Jumpa lagi di entry post berikutnya 😇😍

Sunday, 4 March 2018

TRIP TO MALACCA 2018

Alhamdulillah kali ini aku nak cerita tentang pengalaman aku melancong ke negeri Melaka dengan orang yang tersayang.. Rasa macam nak pergi lagi je.. 😂 Melaka tu cukup terkenal dengan negeri yang banyak sejarah, walaupun jalan dia selalu mengalami kesesakan yang amat-amat menyakitkan kepala dan juga hati tapi tulah keistimewaan Melaka.. 😃... Kesesakan tu berlaku bila waktu cuti sahaja, dan perkara tu ialah normal okay? Apa yang aku nak kongsikan disini ialah tempat-tempat yang menarik untuk semua pergi.. rugi gila kalau tak pergi.. masa aku sampai Melaka tu aku terus check in dekat Hotel Sentral Melaka, ermm murah juga lah.. perjalanan nak ke bandar mengambil masa dalam 10 minit je kalau naik kereta.... tapi kalau dah sesak, nak tak nak kenalah hadap walaupun perit untuk kita lalui .... hahahah 😏.. Harga masa tu boleh tahan lah juga tak adalah mahal sangat , sebab aku check in 3 hari 2 malam jadi jumlah masa tu dalam RM350.00... Keselesaan dia amat memuaskan, sebab dia antara hotel yang ranking 3 star dekat Melaka tu, siap ada swimming pool... tapi aku lupa nak ambil gambar hotelnya..... Tapi apa pun aku share lah gambar dia , gambar ni sumber dia daripada official page Hotel Sentral Melaka yaa 😅😅 
 
Sumber gambar di peroleh daripada : www.hotelsentralmelaka.com.my/
Hah tu gambarnya , cantik ern... kemas gila dan simple tapi okaylah sedap mata memandang ... Kebetulan hari tu hotel penuh, nak tak nak aku dengan family terpaksa ambil bilik ni, redha betul rasanya 😂... tapi apapun bersyukur... Malam tu aku keluar jalan-jalan pergi kawasan bandar, Ya Allah ramai betul orang, sesak gila ! 😪😫, lagi-lagi masa tu musim tahun baru Cina, hah memang terpaksa hadap lah kan 😀.......... Aku jalan-jalan dekat kawasan Taming Sari tu, lepas tu pergi Dataran Pahlawan Megamall , cuci-cuci mata dekat Brand Outlet.... memang rezeki aku agaknya waktu pergi tu ada buat sale 30%..... Ya Allah tergugat iman 😅..... Lepas pergi Brand Outlet tu aku jalan-jalan dekat Uptown , Uptown tu macam pasar malam reko kajang cuma dia tak panjang sangat macam reko tu, aku masuk situ sebab aku nak beli Apam Balik Rangup dengan Apam Balik tebal..... murah pula tu, kalau dekat Johor mahal sikit walaupun perbezaanya 50 sen 🙊....... 
Keesokannya aku keluar pergi river cross ambil gambar dekat atas jambatan tuh... jalan kaki je daripada hotel tu 5 minit jalan kaki sampai dah 😂.... Lawa jugalah , tapi cuma time tu tak ramai sangat orang bergambar dekat sana.. hah aku kongsikan beberapa gambar yaa di river cross tu, 




hah itulah beberapa gambar yang sempat diambil untuk dijadikan sebagai kenangan...kalau bab makan aku ada jumpa beberapa tempat yang memang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Melaka.. depan hotel Sentral Melaka ni aku ada cuba roti john dia dengan mee bandung dia.. Ya Allah sedap gila , lepas tu roti dia rangup dan awak-awak semua tak perlu risaulah sebab harga dia semua berpatutan.. Mee Bandung dia harga murah dan isi dalam dia banyak gilaaa 😵😵😵.... aku cadangkan awak-awak semua wajib pergi kedai tuh... Nama kedai makan tu Puteri Erra Roti John... 


selain daripada kedai ni, ada satu tempat tu nama dia Roti John Tarik Mael Lambung.... yang ni harga dia mahal sikit lah tapi berbaloi dengan isi dia..... siapa minat cheese memang wajib untuk awak-awak semua cuba..... memang rasa kelezatan di mulut , nikmat yang tak terkata 😜..... Harap-harap apa yang aku kongsikan ni serba sedikit boleh bagi gambaran untuk orang yang baru pertama kali datang ke Melaka,.... antara tempat yang aku dah pernah pergi ialah :
1) Dataran Pahlawan Melaka
2) Masjid Selat Melaka
3) River Cross
4) Menara Taming Sari 
5) Uptown 
6) Roti John Tarik Mael Lambung
7) Roti John Puteri Erra Melaka




Sekian sahaja untuk entry kali ini , semoga memberi manfaat untuk semua pembaca ... maaf jika ada kesilapan dan kekurangan .. Jumpa lagi di lain hari 😘😉