KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Friday, 6 April 2018

SIAPA KEKUATAN AKU ?


Hari ni aku akan ceritakan dekat sini siapa kekuatan aku yang sebenar dalam kehidupan realiti seorang Estinovija Sri Dwihandayani Binti Weldan.. ada tiga orang dalam dunia ni yang menjadi penyemangat aku dalam meneruskan kehidupan ni, lebih-lebih lagi bila dah masuk alam universiti iaitu mak, ayah, dan haikal.. 3 orang ni paling banyak berjasa dalam kehidupan aku.. Bila aku patah semangat, mereka bertiga ni lah yang akan selalu mengingatkan aku betapa pentingnya untuk bersabar.. Allahuakbar tipulah sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu di UKM ni ataupun dimana-mana institusi pengajian pun tak terlepas dari perasaan putus asa..  tapi kena sedar dari lamunan juga, sampai bila nak jadi manusia yang lemah semangat macam ni .. Sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa akan ada sebuah pengakhiran yang indah di hujungnya nanti..

bila ingat balik jasa mak ayah aku ni, tak boleh nak balas dengan wang ringgit.. aku nak mengimbas kembali zaman sekolah rendah, waktu tu tahun 2004 aku baru darjah 1.. Daerah Kota Tinggi memang dilanda banjir teruk, aku dengan kawan-kawan lain time tu kena pindah ke bangunan lebih tinggi sebab aras aku dah kena masuk air... tahu-tahu cikgu panggil aku, dan cakap "esti, ayah awak dah tunggu dekat bawah.. cepat turun"... waktu tu memang banjir teruk , masa tu keluarga aku belum ada kereta lagi... hanya ada aset motor Suzuki yang bunyi ekzos kuat sampai kadang-kadang sakit telinga aku dengar 😂😂😂... masa tu air memang dah naik, tapi ayah sanggup redah banjir tu semata nak ambil aku .. motor tu rasa macam dah nazak sebab kena air , tapi alhamdulillah selamat... pengorbanan seornag ayah, yang memang tak kan aku lupa sampai akhir nafas sekalipun... 
 

dengan ayah , apa yang aku nak semua dapat.. walaupun selalu gaduh dengan ayah tapi ayah selalu mengalah demi anak perempuan dia ni.. ayah aku tau yang anak dia memang seorang yang keras kepala, selagi kemahuan tak dipenuhi memang akan merajuk.. kata-kata ayah yang sentiasa bermain di minda "Biarlah ayah tak makan sekalipun , asalkan anak ayah boleh masuk universiti... walaupun orang di luar sana hina ayah dan mak cakap keluarga kita tak mampu nak tanggung anak belajar, ayah akan buktikan"... alhamdulillah sekarang anak ayah dah masuk universiti .. doa ayah termakbul... ayah berjaya didik anak ayah sampai ke peringkat menara gading walaupun ayah cuma belajar sampai tahap sekolah menengah (Tingkatan 3).. Ramai makcik-makcik cakap aku mewarisi kepandaian ayah dan kebijakan ayah... sebab dulu waktu ayah kecik, ayah sentiasa dapat markah yang baik dan cemerlang... ayah suka subjek Matematik, sebab tu anak dia suka bermain dengan nombor 😁😁



Mak pula, merupakan seorang insan yang sama tahap dengan ayah.. terlalu banyak pengorbanan dia, sampaikan aku ni tak tahulah sempat ke tak nak buat dia bahagia.. allahuakbar 😭😭... Pengorbanan dia yang sentiasa aku ingat sampai sekarang ialah masa aku darjah 6 lepas dapat keputusan UPSR, aku tak ditawarkan dimana-mana sekolah menengah.. dan mak aku memang rasa kecewa sebab dulu aku dapat 4A1B..  aku sendiri masa tu kecik lagi, masih belum matang.. waktu tu aku ingat lagi pukul 4.30 petang... aku pergi pejabat dekat sekolah aras tiga, mak aku tunggu dekat bawah... lepas dapat kan dokumen yang orang Pejabat Pelajaran Daerah nak, aku turun bawah dan aku tengok mak aku termenung jauh sampai aku panggil banyak kali pun dia tak perasan.. daripada situ aku rasa kesian sangat, mungkin mak dan menanam harapan yang tinggi untuk anak dia sambung di sekolah kluster..daripada situ aku tanam azam, bahawa aku tak kan kecewakan mak dan ayah.. aku nak buktikan pada semua yang aku boleh... walaupun aku tak dapat sekolah kluster tapi alhamdulillah kesudahannya aku dapat jua menjadi salah satu contoh pelajar terbaik di peringkat STPM... banyak anugerah yang diperoleh.. sungguh kuasa Allah yang sangat hebat , yang sangat indah susunan jalan kehidupan untuk seorang Esti.. 😔😔

kesimpulannya, aku mengharapkan semoga Allah merahmati kehidupan mak dan ayah. semoga sampai ke syurga aku tetap disatukan dengan mereka,.. semoga Allah memanjangkan umur mak dan ayah ... Mak ayah, doakan anak mak ayah disini yang sedang melanjutkan pelajaran, yang sedang berjihad untuk mencari ilmu pengetahuan... ada lagi 2 tahun mak... 2 tahun tak lama sekejap je... Esti sayang mak ayah dan haikal .... Life goals aku ialah buat mak dan ayah bahagia serta bangga dengan setiap pencapaian yang aku lakukan.. semoga Allah memberkati segalanya .. Aamiin 😊😊


No comments:

Post a Comment