KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Saturday, 19 May 2018

APA ITU STATISTIK UNTUK EKONOMI DAN PERNIAGAAN ?

Statistik yang aku belajar di Dewan Kuliah 3 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UKM, sepanjang hari khamis pukul 8.30 pagi sehingga 11 pagi akan berakhir tak lama lagi.. rasa macam sedih sebab subjek kegemaran dah nak jumpa penghujung (Minggu -14).. Ok berdasarkan nota-nota yang aku catat ni, statistic tu merupakan suatu kaedah saintifik untuk mengumpul, mengurus, meringkas, mempersembah serta menganalisis data… dalam persembahan data ni kita akan dibahagikan kepada dua iaitu dalam bentuk grafik dan jadual..😄😄 Data ni dia ada dua bahagian iaitu data primer dan data sekunder.. dua benda ni adalah berbeza maksud .. Data Primer ialah penyelidik bertanggungjawab untuk kumpul segala data yang berkaitan, manakala data sekunder  laporan yang diperoleh adalah berdasarkan data yang lepas.. 😏
Cabang statisitk ni terbahagi kepada dua iaitu statistic deskriptif dan statistic inference,… masa awal-awal belajar dulu tak pernah faham apa bendalah deskriptif dan inference bagai ni, tapi bila dah mula belajar owh baru faham 😂😂 … sebenarnya statistic yang aku belajar ni adalah benda asas bagi program pengkhususan Ekonometrik dan Stastik gunaan.. tapi bagi aku belajar stastik ni seriously best sebab sambil belajar sambil otak aku berfikir cara penyelesaian untuk sesebuah permasalahan,.😣😣 dan kalau boleh jujur, subjek statistic lah paling aku minat sebab aku suka Puan Nafisah Mohammed ajar , cara dia mengajar mengingatkan aku dekat cikgu matematik zaman sekolah dulu..😄😄 satu-satu di jelaskan, dan mudah untuk aku faham.. Alhamdulillah Allah permudahkan semasa aku menjawab soalan stastik untuk midsem hari tu, tapi tak taulah secara keseluruhan boleh skor A ke tidak.. tapi harap-harap dapat, sebab mengharapkan betul untuk skor subjek ni.. Kalau dapat A memang sujud syukur betul 😭😭😭😭
Eh sambung semula untuk bahagian statistic deskriptif kita akan belajar mengenai visual contohnya macam carta pai , graf, histogram dan graf bar… kalau untuk teknik numerical kita akan belajar min (purata) , julat, median,mod…. Kalau untuk inference pula, kita akan menggunakan kaedah kesimpulan.. statistic inference ni digunakan untuk penganggaran hipotesis dan ramalan… hah start daripada kuliah 7 sampailah ke kuliah 13 … memang otak akan belajar berkenaan cara pembuktian hipotesis je.. aku suka sebab benda ni mencabar… tapi nak fahamkan dia , kita kena sentiasa buat latihan .. itu cara penyelesaian .. cukuplah Matematik aku dulu dapat markah yang tak memberangsangkan.. walaupun sekadar lulus tapi Alhamdulillah lah.. mungkin Allah nak aku belajar dengan lebih bersungguh-sungguh untuk hari yang mendatang.. Moga segalanya dipermudakan.. Aamiin 
Kesimpulannya disini, belajar dan kejarlah ilmu semua tu.. jangan pernah ada kata putus asa ataupun tak boleh dalam kamus kehidupan.. Ingat-ingatlah juga, orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh buat .. tak ada yang mustahil dalam dunia ni.. Ingatlah Estinovija Sri Dwihandayani Binti Weldan, semua akan dapat dicapai kalau kau sentiasa berfikiran positif dan percaya dengan kemampuan.. sebenarnya kau boleh Cuma kau je malas HAHAHAHAAH ..
SEKIAN TERIMA KASIH 

1 comment: