KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN
Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Friday, 18 May 2018

Persediaan Menghadapi Pembentangan Projek Akhir


Rasa macam lama dah tak update blog , jadi hari ni cuma nak meluahkan perasaan yang agak bahagia sedikit walaupun sebenarnya belum bahagia 100% 😄😄.. Projek Perakaunan , Projek Aplikasi Komputer, dan Academic Communication hampir keseluruhan sudah selesai kecuali pembentangan sahaja !.. hoorayyy !!!😂😂 rasa bahagia cuma Allah sahaja yang tahu, kalau tidak stress fikirkan masalah yang tak kunjung selesai.. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan , dan terima kasih juga kepada setiap ahli kumpulan yang dapat bekerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung.. sepanjang nak menuju minggu ke-14 ni memang sakit otak, banyak benda kena fikir, banyak benda kena siapkan, final projek semua boleh tahan memeras otak.. 😂😂 tapi rasa macam tak percaya juga sebab hampir nak selesai segala masalah .. Terima Kasih Allah

Ok beberapa persediaan telah pun dilakukan , antaranya buat powerpoint sebagai bahan sokongan untuk proses pembentangan... semoga sepanjang proses pembentangan dijalankan , Allah bagi aku idea Allah tolong aku cara nak bentang, dan sebagainya .. Aamiin.. rasa macam otak lega selega-leganya bila semua dah selesai 😴, dah boleh fokus untuk peperiksaan akhir yang akan bermula 30hb Mei 2018 iaitu subjek Makroekonomi 😳.. Hah gambar di bawah ni contoh powerpoint untuk projek Academic Communication :


masa yang diberi untuk pembentangan adalah 3 minit untuk setiap orang, Ya Allah aku ni dah lah banyak cakap... mana cukup 3 minit tu, tapi kalau kena bercakap dalam bahasa Inggeris In Shaa Allah cukup rasanya.. sebab tak mahir sangat Bahasa Inggeris , apa pun diri sendiri kena sentiasa fokus dan berusaha.. sebab 2 benda ni ialah kunci kejayaan seseorang 😎😎.. Sepanjang buat kerja Aplikasi Komputer untuk bahagian access , masyaallah dia punya kesabaran fikirkan data apa nak kena buat , fikirkan macam mana nak hubungkan databased ni dengan databased yang lain dia punya sakit otak cuma Allah je yang tahu... belum lagi part dah buat relationship , query tak keluar sebab field databased tak sepadan ..... satu-satu kena buka tengok .. tapi alhamdulillah segalanya selesai jua 😴😴... dan inilah contohnya relationship yang dah selesai :


Apapun doakan lah 22hb Mei 2018 ni pembentangan dapat dijalankan dengan sebaik yang mungkin.. Aamiin ,.. semoga rakan-rakan yang menghadapi peperiksaan akhir dapat menjawab dengan sebaik-baiknya dan dipermudahkan segala urusan.. Huhu 😅😅... Jumpa lagi di entry yang mendatang 

Monday, 19 March 2018

SHORT VACATION WITH BELOVED FRIENDS

Rasa macam dah bersarang blog ni sebab lama tak kemaskini... Tajuk post macam menarik je tuh, mestilah menarik 😂.. pada 17 Mac 2018 kelmarin, aku dengan kawan-kawan berjalan-jalan pergi ke Melaka selama 2 hari 1 malam....kami berempat gerak pagi iaitu pukul 7 pagi gerak dari Kolej Rahim Kajai , dan naik bas dalam pukul 9.30 pagi tapi bas masa tu terpaks"delay" sebab ada masalah teknikal sedikit, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. sampai di Melaka dalam pukul 12 tengah hari.. apa yang aku paling tak suka ialah kena berhenti-berhenti sebab kena hadap lampu isyarat... kalau lampu isyarat ada dalam dua tiga kali tak apalah juga, ini lebih dari 5 kali berhenti... selamat awal-awal dah minum ubat tahan mabuk jalan 😅 sebab aku ni jenis tak boleh tahan kalau berjalan sebab memang akan pening, jadi kalau berjalan di darat, laut ataupun udara memang kena bergantung pada ubat mabuk perjalanan 😩... okay sambung..... sampai sana tempah Uber, dan destinasi pertama ialah A Famosa Water Theme Park, Perghhh tempat ni memang antara tempat wajib yang dirancang 😂.... Sampai sana dalam pukul 1.30 petang..... selesai solat, apalagi bergembira sakan lah kita .... masing-masing dah sewa pelampung, dalam RM30 untuk double punya, tapi kita sewa dua set.. sebab 4 orangkan .... 

dapat pelampung tu macam tak sedar diri dah besar rasa macam kanak-kanak ribena pun ada juga hahahahahahah 😅, mula-mula jalan dekat laluan air tuh, menikmati pemandangan lah kononnya ... tapi membosankan sebab ombaknya sekejap sangat.. pada masa yang sama, nampak gelongsor yang tinggi kami semua saling pandang sambil senyum-senyum dan maknanya semua setuju lah nak naik... woii siksa erh nak mendaki bukit semata nak main gelongsor ni 😅😅.... masa main gelongsor tak dibenarkan bawa telefon untuk selfie ke apa , jadi aku belanja gambar masa dekat laluan air tu dan di pantai okay? 😄😕






kiteorang berempat ni main sampai tempat tu nak tutup, hahahhaha dalam pukul 4 petang dah berhenti dah sebab nak makan lagi, nak mandi lagi nak siap-siap check in Hotel... seiring berjalannya waktu, akhirnya sampai jua di Hotel Pesona , lepas isyak kitaorang berjalan kaki ke Dataran Pahlawan, sebab aku nak shopping baju... ada sale weh masa tu dekat Brand Outlet, beli baju dua dapat RM50, murah juga bagi aku 😍😍.... ikutkan hati rasa macam nak borong semua baju dekat Brand Outlet tu tapi apakan daya, tak termampu .. bak teori ekonomi , kehendak manusia ni tak terbatas untuk dipenuhi.... itulah lumrah duniawi .... lepas belanja baju apa semua, pergi Uptown, temankan lagi dua makcik joyah beli baju 😂...... ramai betul masa malam tu, apa tak nya , waktu cuti sekolah memang ramai lah kan... sampai bersesak-sesak..... lepas dah berjalan-jalan dekat Uptown, masing-masing nak balik Hotel sebab dah pukul 11 lebih malam, bahayalah kan nak balik jalan kaki kalau dah lewat malam... 
selepas merehatkan minda dan badan, pukul 11 pagi kami bertolak untuk check out... masing-masing lapar dan makan KFC dekat Pahlawan Parade , tengok barang-barang dekat situ masyaallah tergugat iman ni , tapi itulah kena sedar yang aku ni masih lekat dengan gelaran pelajar jadi duit haruslah disimpan dan berjimatlah selagi mampu 😴..... Pukul 12 tengah hari panas-panas terik bergambar dekat Dataran Pahlawan, perghh pemandangan memang menyokong betul...... sebab lawa sangat 😍.. seronok betul dapat layankan perangai kawan-kawan yang susah senang sama-sama ni.... walaupun perjalanan singkat ke Melaka tapi kenangan tu tetap ada tercipta, indah di mata segar di ingatan.. untuk kawan-kawan yang ada dalam gambar ni, kalau baca post ni, janganlah lupa kenangan-kenangan manis kita masa di Melaka.... walaupun tak boleh pergi banyak tempat, yang penting kebersamaan dan kegembiraan yang kita semua rasa boleh disimpan untuk kenangan paling indah dalam tahun 2018... Tahun 2 nanti mungkin akan berbeza haluan, tapi diharapkan tak kan lupa antara satu sama lain....
Dekra, Kakmek, Dekyaa (FARAH, MASTURA, FADIA) , aku sayang kauorang semua, semoga persahabatan kita tetap terjalin sehingga ke syurga .. Aamiin 😁😁







Sekian terima kasih semua...... !!

Tuesday, 13 February 2018

PENGALAMAN TINGKATAN ENAM (STPM 2016)

Entry yang pertama ni akan menceritakan tentang pengalaman semasa di Tingkatan Enam dan ingin memberikan sedikit pandangan mengenai persepsi masyarakat mengenai Tingkatan Enam. Alhamdulilla syukur kehadrat Allah kerana masih diberi kesempatan untuk update blog ni.. Pengalaman diri sendiri semasa di Tingkatan Enam ialah sungguh menyeronokkan, dan sampai sekarang kenangan tu masih segar di ingatan.. selama 1 tahun setengah belajar sesuatu perkara yang agak baharu juga dalam kehidupan , sebagai contoh belajar cara nak buat kerja kursus, belajar cara untuk pembentangan projek dan sebagainya. Bak kata orang kehidupan di Tingkatan Enam ni umpamanya macam kehidupan di Universiti, cuma yang bezanya ialah lokasi 😃..  Bila kita berada di Tingkatan Enam bermakna selangkah lagi kita dah berada di Universiti tinggal lagi selangkah untuk menentukan sama ada kita berjaya melanjutkan pengajian ataupun tidak.😇

aku tak setuju dengan persepsi sebahagian masyarakat yang mengatakan Tingkatan Enam ni tak bagus , sistem persekolahan masih tak up-to-date, susah nak dapat 4 flat dan macam-macam lagilah 😭😭😦. sebagai banyak kelebihan kalau masuk ke Tingkatan Enam, orang yang mengatakan susah apa semua sebab mereka tak lalui realiti yang sebenar.. mereka cuma tau menilai dari segi luaran tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu. aku sebagai bekas pelajar Tingkatan Enam, telah membuktikan bahawa dalam dunia ni tak ada yang mustahil untuk capai kejayaan. sebelum masuk Tingkatan Enam lagi, diri ni dah bertekad untuk berubah jadi lebih baik berbanding semasa pada peringkat SPM. Memang tak dapat nak dinafikan nak capai tekad tu memerlukan kesabaran, dan kekuatan yang besar.. alhamdulillah rezeki Allah dan memang benar Allah tu sebaik-baik perancang.. Allah kurniakan nikmat yang tak terhingga syukurnya dengan memberikan aku hadiah sebuah keputusan yang baik dengan memperoleh 4.00 PNGK dalam dapat duit sumbangan PIBG sebanyak RM1000 beserta trophy. Alhamdulillah aku dapat capai target untuk menjadi seorang pelajar terbaik STPM di peringkat sekolah SMK LAKSAMANA KOTA TINGGI, JOHOR. terima kasih Ya Allah 😌😌😌..
berikut merupakan beberapa lampiran gambar yang sempat dirakam untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat. semoga pengalaman indah ni akan terulang di peringkat Universiti dan seterusnya menjadi seorang Mahasiswi yang berdedikasi dan diteladani ramai. In Shaa Allah.......💕🙈
Barisan Pelajar yang mendapat keputusan PNGK 3.5 ke atas
Sesi bergambar bersama Pengetua SMK Laksamana
                                               
     
                                                   


Keputusan STPM keseluruhan 2016


Gambar bersama ibu tercinta
Selfie bersama rakan-rakan