KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Friday, 18 May 2018

Persediaan Menghadapi Pembentangan Projek Akhir


Rasa macam lama dah tak update blog , jadi hari ni cuma nak meluahkan perasaan yang agak bahagia sedikit walaupun sebenarnya belum bahagia 100% 😄😄.. Projek Perakaunan , Projek Aplikasi Komputer, dan Academic Communication hampir keseluruhan sudah selesai kecuali pembentangan sahaja !.. hoorayyy !!!😂😂 rasa bahagia cuma Allah sahaja yang tahu, kalau tidak stress fikirkan masalah yang tak kunjung selesai.. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan , dan terima kasih juga kepada setiap ahli kumpulan yang dapat bekerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung.. sepanjang nak menuju minggu ke-14 ni memang sakit otak, banyak benda kena fikir, banyak benda kena siapkan, final projek semua boleh tahan memeras otak.. 😂😂 tapi rasa macam tak percaya juga sebab hampir nak selesai segala masalah .. Terima Kasih Allah

Ok beberapa persediaan telah pun dilakukan , antaranya buat powerpoint sebagai bahan sokongan untuk proses pembentangan... semoga sepanjang proses pembentangan dijalankan , Allah bagi aku idea Allah tolong aku cara nak bentang, dan sebagainya .. Aamiin.. rasa macam otak lega selega-leganya bila semua dah selesai 😴, dah boleh fokus untuk peperiksaan akhir yang akan bermula 30hb Mei 2018 iaitu subjek Makroekonomi 😳.. Hah gambar di bawah ni contoh powerpoint untuk projek Academic Communication :


masa yang diberi untuk pembentangan adalah 3 minit untuk setiap orang, Ya Allah aku ni dah lah banyak cakap... mana cukup 3 minit tu, tapi kalau kena bercakap dalam bahasa Inggeris In Shaa Allah cukup rasanya.. sebab tak mahir sangat Bahasa Inggeris , apa pun diri sendiri kena sentiasa fokus dan berusaha.. sebab 2 benda ni ialah kunci kejayaan seseorang 😎😎.. Sepanjang buat kerja Aplikasi Komputer untuk bahagian access , masyaallah dia punya kesabaran fikirkan data apa nak kena buat , fikirkan macam mana nak hubungkan databased ni dengan databased yang lain dia punya sakit otak cuma Allah je yang tahu... belum lagi part dah buat relationship , query tak keluar sebab field databased tak sepadan ..... satu-satu kena buka tengok .. tapi alhamdulillah segalanya selesai jua 😴😴... dan inilah contohnya relationship yang dah selesai :


Apapun doakan lah 22hb Mei 2018 ni pembentangan dapat dijalankan dengan sebaik yang mungkin.. Aamiin ,.. semoga rakan-rakan yang menghadapi peperiksaan akhir dapat menjawab dengan sebaik-baiknya dan dipermudahkan segala urusan.. Huhu 😅😅... Jumpa lagi di entry yang mendatang 

No comments:

Post a Comment