KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Sunday, 6 May 2018

KARNIVAL SENI CITRA


Pada hari Jumaat dan Sabtu (04 Mei dan 05 Mei 2018), telah berlangsungnya sebuah karnival iaitu Karnival Seni Citra di Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat seni kebudayaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.. pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program tersebut berlangsung.. Antara program yang dilaksanakan ialah persembahan seni citra kebudayaan seperti tarian cina, tarian india, persembahan permainan angklung, seni koir, muzik cak lempong, nasyid, dan permainan alat muzik moden.. Bagi pandangan aku, karnival macam ni memang bagus lah untuk diadakan sebab boleh pupuk nilai kebudayaan tu dengan baik dan berkesan.. 




 APAKAH FAEDAH YANG DIPEROLEH OLEH PESERTA?

Faedah yang diperoleh oleh peserta seni itu sendiri ialah, mereka dapat mengembangkan bakat yang terpendam walaupun pada awalnya mereka mengalami kegagalan. Nak belajar tentang sesuatu yang berkenaan dengan seni muzik ini, memang diri sendiri akan belajar erti kesabaran yang sesungguhnya demi menjadikan sesuatu alunan muzik yang berkualiti. Kemudian, seseorang tu sudah tentu dapat menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Melalui kreativiti yang dihasilkan, sesorang itu sudah tentu dapat menjana pendapatan yang tinggi dengan menghasilkan melodi yang indah dan menggubah beberapa lirik lagu.. Zaman sekarang muzik tu adalah salah satu bidang yang dominan sebab semua orang sukakan muzik.. muzik boleh memberikan seseorang itu ketenangan yang tersendiri berdasarkan alunan melodi yang dihasilkan.


HARAPAN 

Harapan buat generasi akan datang ialah beliau berharap supaya lebih ramai anak-anak muda yang ingin mempelajari cara menghargai seni. Aku juga sebagai seorang mahasiswi juga berharap semoga pihak yang bersangkutan dapat menularkan Festival Karnival Seni Citra secara menyeluruh agar bilangan pengunjung lebih ramai pada masa akan datang. Semoga segala hasil karya yang dihasilkan mendapat penghargaan yang tinggi daripada masyarakat setempat dan semoga akan adanya pelapis bagi melestarikan kraf tangan ini yang menjadi lambang kebudayaan bangsa dari turun temurun

No comments:

Post a Comment