KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Saturday, 19 May 2018

SALAM RAMADAN AL MUBARAK

17 Mei 2018, adalah tarikh dimana semua umat Islam diwajibkan untuk berpuasa selama 30 hari... untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim, kita dikehendaki untuk menahan lapar dan dahaga serta nafsu yang tidak elok sepanjang berpuasa.. 😊😊 tapi aku sebagai seorang mahasiswi memang tak lekang daripada perasaan sedih 😌😌 sebab inilah kali pertama aku berpuasa tanpa kehadiran mak dan ayah disisi.. sepanjang 21 tahun hidup , dah biasa puasa dengan mak ayah, tgapi kali ni puasa tanpa kehadiran mereka berdua sungguh terasa sunyi kehidupan ni.. dah lah setiap kali puasa pertama ada menu makanan yang wajib iaitu mihun dan bubur sagu... Allahuakbar sedapnyaa kalau dapat makan bubur sagu tu... 😭😭... puasa pertama makan nasi putih lauk ayam goreng tapi ayam gorengnya keras sangat, stress pula rasa 😠😠.. apalah tukang masak ni, masak lah betul-betul untuk pelanggan, aku dah bayar 😪.. tapi sepanjang puasa sebenarnya perut tak pernah lapar dia cuma kehausan sahaja... kalau waktu berbuka dapat minum air katira, air soya 😍😍, nikmatnya Ya Allah... 

tapi sepanjang berpuasa ni mengharapkan juga untuk kuruskan badan , sebab dah gemok gedempol sangat badan ni,. 😪😪, kalaulah aku kurus mesti orang-orang tak pandang rendah dekat aku 😭😭.. ni semua sebab salah diri sendiri sebab kuat makan.. hahhahahah takpelah berusahalah sehingga mencapai target yang diimpikan.. apapun berpuasalah niat kerana Allah, dan di bulan ramadan nilah kesempatan kita sebagai umat islam untuk mengabdi kepada yang Maha Esa... 😊😊 nikmat beribadah di bulan puasa ni lain daripada bulan yang lain..... antaranya kita akan jumpa dengan malam nuzul Al-Quran, dan paling penting malam lailatul qadar.. walaupun mustahil bagi aku untuk Allah ampunkan kesilapan hamba macam aku yang dah terlalu banyak melakukan dosa di muka bumi ni, tapi aku mengharapkan keajaiban yang mendatang 😘😊... 

beberapa kebaikan dan hikmah sepanjang bulan puasa ni... antaranya ialah pahala berlipat ganda.. kalau sebelum ni ibadah kita tunggang langgang, maka di bulan ramadhan ni lah kesempatan yang jangan dipersiakan untuk istiqomah dalam beribadah.. Hikmah adanya bulan ramadhan ni kita akan lebih bersemangat untuk melakukan kebaikan dan ibadat.. dan sudah tentu diri sendiri akan terlatih untuk saling memaafkan serta berkongsi rezeki sesama insan yang lainnya.. Sungguh indah bulan ramadhan ni .. 

Pesanan untuk semua yang baca blog ni semoga anda semua dapat melaksanakan ibadah dengan baik dan moga segala amal ibadah di terima.. Moga Allah memberkati kita semua sebagai umat manusia di muka bumi ini ,.. Aamiin... 😊😊 


No comments:

Post a Comment