KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Monday, 19 March 2018

SHORT VACATION WITH BELOVED FRIENDS

Rasa macam dah bersarang blog ni sebab lama tak kemaskini... Tajuk post macam menarik je tuh, mestilah menarik 😂.. pada 17 Mac 2018 kelmarin, aku dengan kawan-kawan berjalan-jalan pergi ke Melaka selama 2 hari 1 malam....kami berempat gerak pagi iaitu pukul 7 pagi gerak dari Kolej Rahim Kajai , dan naik bas dalam pukul 9.30 pagi tapi bas masa tu terpaks"delay" sebab ada masalah teknikal sedikit, tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. sampai di Melaka dalam pukul 12 tengah hari.. apa yang aku paling tak suka ialah kena berhenti-berhenti sebab kena hadap lampu isyarat... kalau lampu isyarat ada dalam dua tiga kali tak apalah juga, ini lebih dari 5 kali berhenti... selamat awal-awal dah minum ubat tahan mabuk jalan 😅 sebab aku ni jenis tak boleh tahan kalau berjalan sebab memang akan pening, jadi kalau berjalan di darat, laut ataupun udara memang kena bergantung pada ubat mabuk perjalanan 😩... okay sambung..... sampai sana tempah Uber, dan destinasi pertama ialah A Famosa Water Theme Park, Perghhh tempat ni memang antara tempat wajib yang dirancang 😂.... Sampai sana dalam pukul 1.30 petang..... selesai solat, apalagi bergembira sakan lah kita .... masing-masing dah sewa pelampung, dalam RM30 untuk double punya, tapi kita sewa dua set.. sebab 4 orangkan .... 

dapat pelampung tu macam tak sedar diri dah besar rasa macam kanak-kanak ribena pun ada juga hahahahahahah 😅, mula-mula jalan dekat laluan air tuh, menikmati pemandangan lah kononnya ... tapi membosankan sebab ombaknya sekejap sangat.. pada masa yang sama, nampak gelongsor yang tinggi kami semua saling pandang sambil senyum-senyum dan maknanya semua setuju lah nak naik... woii siksa erh nak mendaki bukit semata nak main gelongsor ni 😅😅.... masa main gelongsor tak dibenarkan bawa telefon untuk selfie ke apa , jadi aku belanja gambar masa dekat laluan air tu dan di pantai okay? 😄😕






kiteorang berempat ni main sampai tempat tu nak tutup, hahahhaha dalam pukul 4 petang dah berhenti dah sebab nak makan lagi, nak mandi lagi nak siap-siap check in Hotel... seiring berjalannya waktu, akhirnya sampai jua di Hotel Pesona , lepas isyak kitaorang berjalan kaki ke Dataran Pahlawan, sebab aku nak shopping baju... ada sale weh masa tu dekat Brand Outlet, beli baju dua dapat RM50, murah juga bagi aku 😍😍.... ikutkan hati rasa macam nak borong semua baju dekat Brand Outlet tu tapi apakan daya, tak termampu .. bak teori ekonomi , kehendak manusia ni tak terbatas untuk dipenuhi.... itulah lumrah duniawi .... lepas belanja baju apa semua, pergi Uptown, temankan lagi dua makcik joyah beli baju 😂...... ramai betul masa malam tu, apa tak nya , waktu cuti sekolah memang ramai lah kan... sampai bersesak-sesak..... lepas dah berjalan-jalan dekat Uptown, masing-masing nak balik Hotel sebab dah pukul 11 lebih malam, bahayalah kan nak balik jalan kaki kalau dah lewat malam... 
selepas merehatkan minda dan badan, pukul 11 pagi kami bertolak untuk check out... masing-masing lapar dan makan KFC dekat Pahlawan Parade , tengok barang-barang dekat situ masyaallah tergugat iman ni , tapi itulah kena sedar yang aku ni masih lekat dengan gelaran pelajar jadi duit haruslah disimpan dan berjimatlah selagi mampu 😴..... Pukul 12 tengah hari panas-panas terik bergambar dekat Dataran Pahlawan, perghh pemandangan memang menyokong betul...... sebab lawa sangat 😍.. seronok betul dapat layankan perangai kawan-kawan yang susah senang sama-sama ni.... walaupun perjalanan singkat ke Melaka tapi kenangan tu tetap ada tercipta, indah di mata segar di ingatan.. untuk kawan-kawan yang ada dalam gambar ni, kalau baca post ni, janganlah lupa kenangan-kenangan manis kita masa di Melaka.... walaupun tak boleh pergi banyak tempat, yang penting kebersamaan dan kegembiraan yang kita semua rasa boleh disimpan untuk kenangan paling indah dalam tahun 2018... Tahun 2 nanti mungkin akan berbeza haluan, tapi diharapkan tak kan lupa antara satu sama lain....
Dekra, Kakmek, Dekyaa (FARAH, MASTURA, FADIA) , aku sayang kauorang semua, semoga persahabatan kita tetap terjalin sehingga ke syurga .. Aamiin 😁😁







Sekian terima kasih semua...... !!

No comments:

Post a Comment