KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Tuesday, 6 March 2018

PENGALAMAN KE LOMBOK (2016)


 

   Hari ni rasa macam nak cerita mengenai pengalaman yang lepas iaitu melancong ke Lombok.. sebenarnya tujuan bukan nak melancong , tapi menziarah keluarga ayah dekat sana... untuk pengetahuan semua, inilah pertama kali aku balik kampung yang terletak di Indonesia.. sepanjang hidup tak pernah balik ke sana.. kadang tengok orang lain balik kampung masa Hari Raya Aidilfitri rasa cemburu sangat... tapi nak buat macam mana ... 😟😭 8 March 2016 , aku bertolak dengan ayah ke Lombok dari KLIA 2 naik pesawat Air Asia... ibu tak dapat ikut sebab ada masalah dimana memang tak boleh nak dielakkan... Pertama kali juga lah aku naik pesawat hahahah , rasa macam alahai jakunnya aku nii πŸ˜‚.. tapi segar lagi di ingatan, masa aku pergi ke sana aku dalam keadaan demam... ini namanya ujian.............. sampai sana dalam pukul 7.30 malam, alhamdulillah selamat jua sampai di destinasi... kehadiran aku dan ayah di sambut dengan baik oleh keluarga belah ayah ....







          



















Sebenarnya tujuan aku dan ayah balik ke Lombok ialah sebab keadaan kesihatan nenek yang buruk dan tenat.. nenek teringin nak jumpa aku dan ayah..... jadi aku kenalah penuhi permintaan dia 😊...seminggu juga aku dekat Lombok, dan banyak tempat-tempat best yang memang orang kata umpama syurga dunia.... lagi-lagi pantai.... dengan pasir dia yang indah, air laut yang kebiruan, langit yang cerah.... memang bagi ketenangan pada pengunjung 😍...... ada 3 pantai aku pergi,... yang pertama pantai pink, lepastu pantai bukit seger, dan akhir sekali pantai kuta... ramai betul foreigner dekat sana 😱..... sebab pemandangan dia yang cantik tu menarik minat pengunjung untuk datang ke Lombok... hah lawa kan pemandangan dia? 
Apa yang aku suka dekat Lombok ni, mereka ada bahasa daerah yang melambangkan kebudayaan mereka... Lombok ni budaya dia berbeza sedikit dengan budaya dari daerah lain, apa yang pasti orang perempuan semua berkain batik, jarang benar pakai seluar melainkan keluar pergi bandar... kalau dekat rumah, memang tak lekang daripada kain batik...... pernah suatu hari tu, aku keluar dengan sepupu, untuk beli barang dekat- dekat dengan kawasan rumah juga, masing-masing tengok aku lain macam hahahhaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚..... bila nak bayar , aku tanya berapa ringgit? Peniaga tu terus berkerut dan cakap bahasa lombok dengan aku mungkin sebab dia tak faham dan kurang fasih dalam bahasa Indonesia πŸ˜„πŸ˜„..... makanan dekat sana semua sedap bagi aku, sebab aku suka makanan kampung, dan ada bakso juga waktu tu,.... rasa macam tak puas 😞..
Kesimpulan disini, aku harap semoga lepas ni aku boleh pergi ke Lombok lagi tapi lengkap dengan mak dan ayah. semoga juga ada rezeki yang membolehkan aku untuk berjumpa dengan keluarga aku di sana..... Ya Allah , Engkau lindungilah mereka walau dimana mereka berada, dan semoga Engkau merahmati keluargaku serta kurniakan mereka kesihatan yang bermanfaat.. Aamiin... 
Terima kasih semua untuk reader-reader sekalian sebab sudi baca entry post aku untuk kali ni..... Jumpa lagi di entry post berikutnya πŸ˜‡πŸ˜

No comments:

Post a Comment