Alhamdulillah kali ini aku nak cerita tentang pengalaman aku melancong ke negeri Melaka dengan orang yang tersayang.. Rasa macam nak pergi lagi je.. 😂 Melaka tu cukup terkenal dengan negeri yang banyak sejarah, walaupun jalan dia selalu mengalami kesesakan yang amat-amat menyakitkan kepala dan juga hati tapi tulah keistimewaan Melaka.. 😃... Kesesakan tu berlaku bila waktu cuti sahaja, dan perkara tu ialah normal okay? Apa yang aku nak kongsikan disini ialah tempat-tempat yang menarik untuk semua pergi.. rugi gila kalau tak pergi.. masa aku sampai Melaka tu aku terus check in dekat Hotel Sentral Melaka, ermm murah juga lah.. perjalanan nak ke bandar mengambil masa dalam 10 minit je kalau naik kereta.... tapi kalau dah sesak, nak tak nak kenalah hadap walaupun perit untuk kita lalui .... hahahah 😏.. Harga masa tu boleh tahan lah juga tak adalah mahal sangat , sebab aku check in 3 hari 2 malam jadi jumlah masa tu dalam RM350.00... Keselesaan dia amat memuaskan, sebab dia antara hotel yang ranking 3 star dekat Melaka tu, siap ada swimming pool... tapi aku lupa nak ambil gambar hotelnya..... Tapi apa pun aku share lah gambar dia , gambar ni sumber dia daripada official page Hotel Sentral Melaka yaa 😅😅
Sumber gambar di peroleh daripada : www.hotelsentralmelaka.com.my/
Hah tu gambarnya , cantik ern... kemas gila dan simple tapi okaylah sedap mata memandang ... Kebetulan hari tu hotel penuh, nak tak nak aku dengan family terpaksa ambil bilik ni, redha betul rasanya 😂... tapi apapun bersyukur... Malam tu aku keluar jalan-jalan pergi kawasan bandar, Ya Allah ramai betul orang, sesak gila ! 😪😫, lagi-lagi masa tu musim tahun baru Cina, hah memang terpaksa hadap lah kan 😀.......... Aku jalan-jalan dekat kawasan Taming Sari tu, lepas tu pergi Dataran Pahlawan Megamall , cuci-cuci mata dekat Brand Outlet.... memang rezeki aku agaknya waktu pergi tu ada buat sale 30%..... Ya Allah tergugat iman 😅..... Lepas pergi Brand Outlet tu aku jalan-jalan dekat Uptown , Uptown tu macam pasar malam reko kajang cuma dia tak panjang sangat macam reko tu, aku masuk situ sebab aku nak beli Apam Balik Rangup dengan Apam Balik tebal..... murah pula tu, kalau dekat Johor mahal sikit walaupun perbezaanya 50 sen 🙊.......
Keesokannya aku keluar pergi river cross ambil gambar dekat atas jambatan tuh... jalan kaki je daripada hotel tu 5 minit jalan kaki sampai dah 😂.... Lawa jugalah , tapi cuma time tu tak ramai sangat orang bergambar dekat sana.. hah aku kongsikan beberapa gambar yaa di river cross tu,
hah itulah beberapa gambar yang sempat diambil untuk dijadikan sebagai kenangan...kalau bab makan aku ada jumpa beberapa tempat yang memang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Melaka.. depan hotel Sentral Melaka ni aku ada cuba roti john dia dengan mee bandung dia.. Ya Allah sedap gila , lepas tu roti dia rangup dan awak-awak semua tak perlu risaulah sebab harga dia semua berpatutan.. Mee Bandung dia harga murah dan isi dalam dia banyak gilaaa 😵😵😵.... aku cadangkan awak-awak semua wajib pergi kedai tuh... Nama kedai makan tu Puteri Erra Roti John...
selain daripada kedai ni, ada satu tempat tu nama dia Roti John Tarik Mael Lambung.... yang ni harga dia mahal sikit lah tapi berbaloi dengan isi dia..... siapa minat cheese memang wajib untuk awak-awak semua cuba..... memang rasa kelezatan di mulut , nikmat yang tak terkata 😜..... Harap-harap apa yang aku kongsikan ni serba sedikit boleh bagi gambaran untuk orang yang baru pertama kali datang ke Melaka,.... antara tempat yang aku dah pernah pergi ialah :
1) Dataran Pahlawan Melaka
2) Masjid Selat Melaka
3) River Cross
4) Menara Taming Sari
5) Uptown
6) Roti John Tarik Mael Lambung
7) Roti John Puteri Erra Melaka
Sekian sahaja untuk entry kali ini , semoga memberi manfaat untuk semua pembaca ... maaf jika ada kesilapan dan kekurangan .. Jumpa lagi di lain hari 😘😉
No comments:
Post a Comment