KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Wednesday, 28 February 2018

KEMURUNGAN !

Hai readers semua, hari ini aku rasa tertarik nak kongsikan dengan awak-awak semua mengenai kemurungan.. rasa macam topik kali ini penting untuk kita semua lagi-lagi untuk insan yang bergelar pelajar.. mengapa tidak? Pelajar ni memang tak lekang daripada perasaan tekanan yang amat-amat mendalam lagi-lagi bila segala tugasan menumpuk dalam masa yang sama.. bahayanya kalau tak di atasi dengan kadar segera., Okay berdasarkan artikel yang dimuat naik oleh laman web Positive Parenting, kemurungan merupakan salah satu keadaan yang membimbangkan kerana ia akan menjadikan pengendalian kehidupan seseorang menjadi lebih sukar.. Kemurungan ni senang cerita dia lebih teruk daripada perasaan sedih.. Kalau remaja yang menghadapi sifat ni, memang terang-terang akan menjerumus ke arah yang negatif 😔😔.. Kadang rasa kasihan dekat remaja-remaja yang masih di bawah umur terpaksa berhadapan dengan masalah macam ni... di usia yang muda mereka dah kena lalui kehidupan yang berliku..
Sebenarnya masalah kemurungan ini, boleh mengakibatkan kesan kesihatan fizikal jika berlaku secara berterusan sehingga sanggup membunuh diri dan mencederakan diri.. Ada satu artikel yang menceritakan tentang seorang pelajar yang mengalami kemurungan.. Okay ceritanya macam ni 😊😊.. Berdasarkan Laporan Utusan Online yang diterbitkan pada tahun 2011 , terdapat seorang pelajar lelaki yang sangat aktif di sekolah tak kira sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.. prestasi dia sebagai seorang pelajar sentiasa mendapat pujian daripada guru-guru.. namun, suatu hari keputusan peperiksaan dia menjadi lebih teruk dan menjunam secara mendadak.. mestilah cikgu-cikgu yang lain risau kan dengan prestasi pelajar ni, . Sampailah satu tahap pelajar ni mengadu yang dia susah nak tidur, nak belajar pun dah tak minat, pergi bersukan dah tak semangat dan macam-macam lah... 😟😟 Jadi, cikgu pun ambil keputusan untuk panggil mak dan ayah dia bagi bincangkan masalah yang dihadapi ni 😇😇
Tapi malangnya, bapa kepada pelajar ni marah-marah anak dia di khalayak ramai.. Ya Allah kasihannya 😭😭😭.. bertambah stress pelajar tu dibuatnya.. Atas inisiatif guru, pelajar tu berjumpa dengan doktor pakar.. dan dapatlah diketahui yang pelajar tu rupanya ada simptom kemurungan tanda awal... bayangkan pelajar sekolah menengah dah ada simptom kemurungan awal.. Ya Allah.. rupa-rupanya pelajar tu dia tertekan sebab bapa dia ceraikan ibu dia dan kahwin lain.. Dapat disimpulkan disini, kemurungan pelajar tu disebabkan oleh masalah keluarga.. Nampak tak impak yang besar mengenai masalah keluarga ni, kalau suami isteri ada masalah ke apa sila selesaikan masalah tersebut dengan cara yang elok, jangan sampai anak terkena tempias 😓.... Kadang mereka nampak okay, dan tenang tapi dalaman tiada siapa yang tahu ,.. 
Gambar ini menunjukkan ilustrasi secara ringkas mengenai kemurungan.. Sumber : https://image.slidesharecdn.com/perkembanganisu-isuremajadalambilikdarjah-130929140922-phpapp01/95/perkembangan-isu-isu-remaja-dalam-bilik-darjah-10-638.jpg?cb=1380464526
Tapi kemurungan ni juga boleh diatasi dengan beberapa langkah tau !. aku ada baca beberapa artikel yang berlainan tapi isi kandungan dia lebih kurang sama sahaja... 😅😅... Nak aku senaraikan ke? .. Hmm kalau bukan aku , siapa lagikan nak senaraikan... Okay berikut merupakan langkah untuk mengatasi kemurungan dalam kalangan pelajar :
1) Amalan diet yang sihat 🏀🏃
2) Melakukan senaman yang mencukupi
3) Interaksi sosial yang baik.
Benda ni mudah sangat bila di baca sekali imbas, tapi itulah benda paling sukar untuk manusia macam kita ni nak buat... Haihh,, maksud interaksi sosial yang baik tu ialah wujudnya komunikasi yang berkesan antara guru (pendengar) dengan pelajar..... Tujuannya ialah dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh si pelajar 😊.. Walau apa pun jangan mengabaikan masalah kemurungan ni, sebab impak dia terlalu besar tau iaitu melibatkan masalah kesihatan fizikal dan mental.. Jadi sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan okay?? 😁😁 Bak melodi, hapuskan kontroversi bangkitkan prestasi berdiri di atas kaki sendiri... Eh betul ke tu kata-katanya ? alaaa tak apalah asalkan ada pengajaran yang diperoleh 😉..
Okay terima kasih kepada pembaca sekalian...
Rujukan berdasarkan cerita ini ada dua iaitu 
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1111&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
https://mypositiveparenting.org/ms/2017/11/06/kemurungan-remaja/
Semoga kita sama-sama berada dalam lindungan Yang Maha Esa Aamiin 😍😇💘
...................................................................................
(ESTINOVIJA SRI DWIHANDAYANI BINTI WELDAN)

No comments:

Post a Comment