Hari ni aku terbaca satu artikel
yang dikongsikan oleh pensyarah ekonomi Islam , Dr Hakimi ..bagi aku artikel tu
sangat menarik sebab ia berkaitan dengan reality kehidupan kita zaman
sekarang.. macam yang kita tau, dunia sekarang lebih mengutamakan teknologi dan
teknologi adalah segala-galanya dalam peradaban sekarang.. tanpa teknologi, tak
majulah sesebuah negara tu.. tapi bukan semua benda yang menggunakan teknologi
memberikan sebuah hasil yang efektif dan positif, kadang untuk sebahagian
perkara sahaja. Sebagai contoh, dalam teori ekonomi yang seperti mana semua
sedia maklum pengeluaran yang paling banyak dengan meminimukan kos adalah yang
paling bagus sebab sesebuah firma tak perlukan kos yang banyak untuk
menghasilkan output. Tapi itu dari sudut penghasilan produk.. kalau dalam
institusi pendidikan macam mana pula?
Berdasarkan dari pembacaan
artikel ini, kita semua tahu dalam institusi pendidikan memang sudah cukup
terkenal dengan persaingan dunia teknologi untuk menjadikan suasana
pembelajaran jadi lebih kondusif termasuklah dalam proses pembelajaran di kelas.
Apa yang aku cuba nak sampaikan disini ialah sebagai seorang pelajar, aku lebih
suka kalau belajar menggunakan buku berbanding guna teknologi canggih macam “smartphone”
… kepuasan dia tak sama.. guna smartphone memang sudah terang lagikan bersuluh akan
leka, dan tak fokus… kenapa aku cakap macam tu ? sebab aku seornag pelajar aku
lalui fasa dimana aku akan sibuk melayan social media berbanding belajar guna
internet.. memanglah internet tu merupakan salah satu medium yang paling
berkesan untuk menyampaikan ilmu, tapi bagi aku secara bersemuka adalah lebih
terancang dan sistematik. Sebab pelajar boleh bertanyakan bermacam-macam soalan
dengan pensyarah tanpa sebarang keraguan. Pensyarah akan menerangkan dengan
lebih terperinci berbanding belajar menggunakan konsep E-Learning.
Tambahan pula, salah satu
kelebihan belajar menggunakan buku ialah boleh menganalisis sesuatu topic dengan
lebih terperinci.. nota yang dipaparkan dalam buku adalah sangat memberangsangkan
berbanding daripada paparan skrin.. berdasarkan artikel tersebut juga ramai
yang berpendapat bahawa menggunakan buku teks adalah lebih efektif berbanding
dengan paparan skrin .. Sumber yang saya peroleh ini ialah daripada…………
Semoga apa yang dikongsikan pada
hari ini, dapat dijadikan sebagai satu panduan untuk berubah kearah kebaikan
dalam waktu akan datang.. Ilmu di dunia ini sangat luas untuk diterokai.. Moga
yang baik-baik sentiasa menerpa dalam kehidupan kita semua. Sekian sahaja untuk
entry post kali ini.. Jumpa lagi di lain hari… Terima Kasih semua,
No comments:
Post a Comment