KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Thursday, 22 March 2018

Ujian ialah Hadiah Allah

hari ni rasa macam nak meluahkan sesuatu pandangan mengenai ujian.. semua orang ada ujian yang tersendiri dimana semua orang tak kan rasa perkara yang sama.. ujian tu sebagai petanda Allah ingat dekat kita.. kadang aku sendiri sebagai seorang perempuan biasa ada zaman kejatuhan yang orang lain tak kan boleh faham 😟... apa yang aku boleh buat ialah sabar dan terus sabar, mungkin setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri 😊.. Tipulah kalau diri sendiri tak pernah rasa putus asa dengan ujian hidup.. tapi diri sendiri memang harus paksa diri untuk tempuh sebab walau apa jua keadaan sekalipun "Allah datangkan ujian sebab Allah sayang dekat hambaNya.... Dan dalam banyak-banyak manusia di muka bumi ni, aku yang Allah pilih untuk diuji"..

Kadang aku mempersoalkan kenapa aku yang diuji kenapa bukan orang lain? mungkin aku tak sedar, mungkin juga aku leka dengan teguran Allah.. walaupun pelbagai ujian yang mendatang , disebalik setiap ujian akan terselitnya pertolongan dari Yang Maha Esa 😊.. Jadi bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah kurniakan , jangan memberontak tetapi teguhlah dalam menjalani kehidupan ..Dengan keizinan Allah akan diberkati jua akhirnya.. 

Hikmah datangnya sebuah ujian ialah supaya kita sebagai manusia ni ingat salah-salah kita yang terdahulu, manusia ni kalau dah seronok sangat memang lupa segala benda.. jadi melalui ujian ni juga, kita boleh muhasabah diri untuk perbetulkan balik kesilapan yang pernah berlaku sebelum ni.. mungkin kita tak rasa atau tak dapat apa yang kita nak untuk waktu sekarang, tapi Allah tu Maha Mengetahui segala apa yang berlaku..cuba fikir balik? kalau Allah tak hadirkan ujian, kita akan terus hanyut dengan setiap permainan dunia dan dipenuhi dengan kelalaian semata. 😪😭😬


Kesimpulannya disini ialah , semoga barangsiapa yang tengah dilanda ujian sekarang, ingatlah bahawa sesungguhnya ujian itu ialah Hadiah yang bernilai daripada Allah.. Ganjarannya adalah dua kali ganda jika sentiasa bersabar.. Bersyukurlah dengan nikmat Allah walaupun ujian tu sakit untuk kita hadapi.. Semoga kehidupan kita semua berada dalam lindungan Allah S.W.T .. Aamiin 😊😊
Terima kasih semua sebab sudi baca 😵, jumpa lagi di lain entry .. 

No comments:

Post a Comment