KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Saturday, 19 May 2018

CITRA PENULISAN PANTUN

Teringat masa sem 1 Tahun 1 aku ambil subjek citra penulisan pantun kreatif.. Nampak macam mudah, tapi projek bukan main susah erh.. tapi memandangkan aku dah ada pengalaman daripada aku Form 3 sampai Form 5, dah dibiasakan dengan pendedahan pantun , jadi anggap jela segala kesukaran tu jalan nak pergi kejayaan hahaha… ingat lagi sepanjang buat assignment pantun , kena cipta 30 rangkap pantun then kena persembahkan dalam bentuk lagu, kena buat drama pantun, ada kuiz pantun (reka pantun) dalam tempoh 1 Jam 15 minit. Hahhahahaha ya allah bila ingat balik, dia ada sakit dia ada bahagia.. tapi bestlah sebab dapat jumpa kawan-kawan daripada fakulti lain, memanglah awal awal malu-malu kucing .. tapi bila dah kenal antara satu sama lain , maka keluarlah segala perangai.. HAHAHAHHA… sekarangpun kalau jumpa, masing-masing bertegur .. yang tak bertegur tu tak kisahlah, diri sendiri pun dah besar.. HAHAHAHA lagipun aku tak kisah pun… halaa namapun manusia kan, mungkin perasaan malu tu tinggi , kekok ke apa kan.. fikir positif jela
Hah aku nak tunjuk beberapa hasil karya aku mengenai pantun riwayat diri walaupun tak semua 30 rangkap tapi cukuplah untuk beberapa contoh sebagai peneman untuk pembaca-pembaca blog sekalian.. jangan gelakkan , sebab aku taulah aku punya tak best :-


Anak raja pergi ke Paya, Sultan dipandang penuh mulia,
Ternampak pula seorang bidadari, Memberi titah di tepian kolam,
Estinovija itulah namanya, Lapan ogos lahir ke dunia,
Merungkai kisah personality diri. Tepat jam sebelas di waktu malam.


Burung dara membuat sarang, Tumbuh mewangi melati ditaman,
Baju jepang beri berpita, Kelopak bertaburan di tepian kolah,
Diriku ini cumalah seorang, Tawa dan tangisku jadi peneman,
Hanya berteman ibu dan bapa.                   Menjadi kebanggaan ibu dan ayah.


Batik dilakar motif raflesia
Buat bingkisan seorang kelasi,
Ibu dan ayah dari Indonesia,
Datang merantau mencari rezeki.
Sebelum habiskan entry, aku nak share beberapa gambar kelas untuk Pantun Kreatif 😀😀.. semoga jumpa awak awak semua di lain hari .. Aaamiin ! 
 



No comments:

Post a Comment