KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Wednesday, 28 February 2018

KEMURUNGAN !

Hai readers semua, hari ini aku rasa tertarik nak kongsikan dengan awak-awak semua mengenai kemurungan.. rasa macam topik kali ini penting untuk kita semua lagi-lagi untuk insan yang bergelar pelajar.. mengapa tidak? Pelajar ni memang tak lekang daripada perasaan tekanan yang amat-amat mendalam lagi-lagi bila segala tugasan menumpuk dalam masa yang sama.. bahayanya kalau tak di atasi dengan kadar segera., Okay berdasarkan artikel yang dimuat naik oleh laman web Positive Parenting, kemurungan merupakan salah satu keadaan yang membimbangkan kerana ia akan menjadikan pengendalian kehidupan seseorang menjadi lebih sukar.. Kemurungan ni senang cerita dia lebih teruk daripada perasaan sedih.. Kalau remaja yang menghadapi sifat ni, memang terang-terang akan menjerumus ke arah yang negatif 😔😔.. Kadang rasa kasihan dekat remaja-remaja yang masih di bawah umur terpaksa berhadapan dengan masalah macam ni... di usia yang muda mereka dah kena lalui kehidupan yang berliku..
Sebenarnya masalah kemurungan ini, boleh mengakibatkan kesan kesihatan fizikal jika berlaku secara berterusan sehingga sanggup membunuh diri dan mencederakan diri.. Ada satu artikel yang menceritakan tentang seorang pelajar yang mengalami kemurungan.. Okay ceritanya macam ni 😊😊.. Berdasarkan Laporan Utusan Online yang diterbitkan pada tahun 2011 , terdapat seorang pelajar lelaki yang sangat aktif di sekolah tak kira sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.. prestasi dia sebagai seorang pelajar sentiasa mendapat pujian daripada guru-guru.. namun, suatu hari keputusan peperiksaan dia menjadi lebih teruk dan menjunam secara mendadak.. mestilah cikgu-cikgu yang lain risau kan dengan prestasi pelajar ni, . Sampailah satu tahap pelajar ni mengadu yang dia susah nak tidur, nak belajar pun dah tak minat, pergi bersukan dah tak semangat dan macam-macam lah... 😟😟 Jadi, cikgu pun ambil keputusan untuk panggil mak dan ayah dia bagi bincangkan masalah yang dihadapi ni 😇😇
Tapi malangnya, bapa kepada pelajar ni marah-marah anak dia di khalayak ramai.. Ya Allah kasihannya 😭😭😭.. bertambah stress pelajar tu dibuatnya.. Atas inisiatif guru, pelajar tu berjumpa dengan doktor pakar.. dan dapatlah diketahui yang pelajar tu rupanya ada simptom kemurungan tanda awal... bayangkan pelajar sekolah menengah dah ada simptom kemurungan awal.. Ya Allah.. rupa-rupanya pelajar tu dia tertekan sebab bapa dia ceraikan ibu dia dan kahwin lain.. Dapat disimpulkan disini, kemurungan pelajar tu disebabkan oleh masalah keluarga.. Nampak tak impak yang besar mengenai masalah keluarga ni, kalau suami isteri ada masalah ke apa sila selesaikan masalah tersebut dengan cara yang elok, jangan sampai anak terkena tempias 😓.... Kadang mereka nampak okay, dan tenang tapi dalaman tiada siapa yang tahu ,.. 
Gambar ini menunjukkan ilustrasi secara ringkas mengenai kemurungan.. Sumber : https://image.slidesharecdn.com/perkembanganisu-isuremajadalambilikdarjah-130929140922-phpapp01/95/perkembangan-isu-isu-remaja-dalam-bilik-darjah-10-638.jpg?cb=1380464526
Tapi kemurungan ni juga boleh diatasi dengan beberapa langkah tau !. aku ada baca beberapa artikel yang berlainan tapi isi kandungan dia lebih kurang sama sahaja... 😅😅... Nak aku senaraikan ke? .. Hmm kalau bukan aku , siapa lagikan nak senaraikan... Okay berikut merupakan langkah untuk mengatasi kemurungan dalam kalangan pelajar :
1) Amalan diet yang sihat 🏀🏃
2) Melakukan senaman yang mencukupi
3) Interaksi sosial yang baik.
Benda ni mudah sangat bila di baca sekali imbas, tapi itulah benda paling sukar untuk manusia macam kita ni nak buat... Haihh,, maksud interaksi sosial yang baik tu ialah wujudnya komunikasi yang berkesan antara guru (pendengar) dengan pelajar..... Tujuannya ialah dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh si pelajar 😊.. Walau apa pun jangan mengabaikan masalah kemurungan ni, sebab impak dia terlalu besar tau iaitu melibatkan masalah kesihatan fizikal dan mental.. Jadi sama-samalah kita berubah ke arah kebaikan okay?? 😁😁 Bak melodi, hapuskan kontroversi bangkitkan prestasi berdiri di atas kaki sendiri... Eh betul ke tu kata-katanya ? alaaa tak apalah asalkan ada pengajaran yang diperoleh 😉..
Okay terima kasih kepada pembaca sekalian...
Rujukan berdasarkan cerita ini ada dua iaitu 
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1111&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
https://mypositiveparenting.org/ms/2017/11/06/kemurungan-remaja/
Semoga kita sama-sama berada dalam lindungan Yang Maha Esa Aamiin 😍😇💘
...................................................................................
(ESTINOVIJA SRI DWIHANDAYANI BINTI WELDAN)

Friday, 23 February 2018

NOTES ABOUT BLOG AND MICROSOFT

Today, I would like to make a simple notes for my subject Application of Computers... There are too many things that I doesnt know about the function of Microsoft words and Blog. So I wish the notes that I have been do can make the readers understand and apply in our life either in office or assingment for students. 💕😃
And i have been search the simple one to explain about the partition in Microsoft Word 2013..  I got this notes from Internet which is the website http://campusguides.lib.utah.edu/c.php?g=160452&p=1051033.. 😙


This pictures i took from the J. Willard Marriot Library 

Based on the above pictures, it explain about the name of each function which is divide into several categories. The main of the function is to ease the works of individual and make it becomes more systematic. For our information , there are several application such as google drive, dropbox, one drive and other than that which is called CLOUD...  The function of the cloud is to save some important documents and media using the internet data storage., The advantages of the cloud is can share the document with our partners group assignment without any excuses even though they can not meet each other 😎😎.. 


Tuesday, 20 February 2018

Artikel Kes Etika Perakaunan Worldcom

Alhamdulillah bersyukur rasanya kerana diberikan kesempatan untuk update blog ni dari semasa ke semasa. Sebelum ni dah cerita mengenai Fakta Mandi Malam adalah mitos, okay kali ni kita cerita mengenai Kes Etika Perakaunan Worldcom. Kenapa aku pilih tajuk ni? sebab aku rasa benda ni ada kaitan dengan pembelajaran aku untuk subjek Prinsip Perakauanan.. Aku cari dalam Google contoh syarikat yang mempunyai kes etika ni dan kebetulan ada keluar iaitu Syarikat Worldcom.. Mesti ada di antara kita yang tidak mengetahui apa itu Worldcom kan 😕😕? okay aku terangkan serba sedikit mengenai Worldcom ni..

Worldcom ni merupakan salah satu perusahaan syarikat telekomunikasi yang besar yang mempunyai pekerja seramai hampir 80,000 orang. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan telefon jarak jauh serta mengandungi rangkaian internet terbesar. 📱📱😱😱.. Menurut salah sebuah artikel yang dikenali sebagai Computesta.com, pada awal tahun 2000 syarikat ini telah mengalami kemerosotan yang disebabkan oleh dot.com bubble. Hal ini demikian kerana nilai saham mula jatuh menjunam. Selaku Chief Executive Office (CEO) , iaitu Bernard Ebbers , Scot Sulliban (CFO), dan David Myers sebagai auditor telah mengubah laporan kewangan dengan menggunakan dua kaedah ..📊📉 Antara kaedah yang mereka lakukan ialah membukukan 'Line Cost' serta meningkatkan pendapatan dengan entri akaun palsu. 

Walaubagaimanapun tindakan yang mereka lakukan ini telah dicurigai oleh salah seorang auditor internal iaitu Cynthia Cooper. Bukannya Mini Cooper tapi Cynthia Cooper 😂😂.. jangan salah faham pula. Cynthia Cooper telah membentuk satu kumpulan khas untuk menyiasat akaun Worldcom ni sebab dia rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan sistem perakaunan syarikat tersebut. Cynthia dengan kumpulan dia terpaksa audit akaun tersebut pada waktu malam tapi secara sembunyi 😯... Akhirnya apa yang dia ragukan selama ni terjawab melalui siasatan yang dijalankan.. 😲
Berdasarkan laporan kewangan yang diperoleh, dapat diketahui bahawa Worldcom telah memalsukan pendapatan strategik sebanyak 3,8 Million Dolar US dan kejatuhan syarikat tersebut merupakan kejatuhan syarikat yang terbesar di Amerika Syarikat dengan nilai aset 103.9  Million Dolar AS. 😦 Akhirnya Ebbers telah dikenakan hukuman penjara selama 25 tahun dengan kesalahan penipuan pelaporan akauntan. Bawah ni merupakan gambar Ebbers :
Bernard Ebbers . Sumber ini diperoleh daripada laman web : http://www.computesta.com/blog/2012/05/worldcom-kebangkrutan-besar-yang-penuh-skandal/#.Wpwm3-hubIV

Cynthia Copper , Internal Auditor . Sumber gambar melalui laman web http://www.computesta.com/blog/2012/05/worldcom-kebangkrutan-besar-yang-penuh-skandal/#.Wpwm3-hubIV

Kesimpulannya ialah Syarikat Worldcom yang memaparkan keadaan ekonominya yang stabil rupanya ia merupakan sebuah ilusi untuk mengaburkan pandangan pemegang saham.. Oleh itu, apa yang aku dapat berdasarkan artikel cerita ni ialah syarikat yang kita lihat nampak macam dalam keadaan baik tak semestinya sistem dalaman (Perakaunan) dalam keadaan baik..😊 Apa yang pasti dalam melaksanakan sesuatu kerja, kita haruslah ikhlas dan berakauntabiliti. Pentingnya pengamalan etika yang baik semasa bekerja kerana perkara sedemikian dapat mempengaruhi prestasi seseorang individu dan sesebuah syarikat.. Sebagai seorang manusia yang baik, kita haruslah elak daripada rasuah 🙅.. Sungguh padah apabila sudah terperangkap 😔.. Semoga cerita yang dikongsikan ni dapat dijadikan pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain.. 😁.. Jumpa di lain hari. Sekian untuk hari ini..






....................................................................
(ESTINOVIJA SRI DWIHANDAYANI BINTI WELDAN)

Saturday, 17 February 2018

FAKTA MENGENAI MANDI MALAM


hai semua ! fuh hari ni rasa tertarik pula nak update entry post mengenai fakta mandi malam... apa tidaknya selama ni asyik dengar orang mengata "Eh mandi malam tak baguslah boleh menyebabkan paru-paru berair", "Jangan selalu mandi malam, tak bagus", dan beberapa ayat yang lain lah,.. aku ni sebagai salah seorang yang suka mandi malam, jadi bila orang cakap macam tu aku rasa macam eh yeke betul ke ? 😕😕.. hah kebetulan, terjumpa salah satu artikel ni dalam internet yang membuatkan aku rasa sangat tertarik untuk baca sampai ke penghujung ayat.. 😁.. sebenarnya fakta yang mengatakan mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair itu adalah mitos belaka.. menurut Dr Khairul Hafiz yang merupakan salah seorang doktor yang sangat aktif di laman sosial Twitter, dia mengatakan bahawa :
Sumber gambar diperoleh daripada : http://kakireview.com/2017/03/07/mandi-malam-penyebab-paru-paru-berair-fakta-atau-mitos/


Menurut artikel yang diterbitkan oleh KakiReview.Com , penyakit Pneumonia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku dan ia boleh dijangkiti melalui udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Berikut merupakan ilustrasi gambar yang menerangkan mengenai Pneumonia , dan gambar diperoleh daripada Wisegeekhealth.com 



Sumber gambar diperoleh daripada : Wisegeekhealth.com

Walaubagaimanapun, mandi malam ni ada kelebihan dia yang tersendiri iaitu boleh membuang sisa toksin yang ada dalam badan sehingga boleh menyebabkan badan seseorang tu jadi lebih segar. Bagi pandangan saya, artikel ni sangat menarik untuk dikongsikan bersama orang ramai supaya orang di luar sana sedar bahawa mandi malam yang konon pada awalnya boleh menyebabkan paru-paru berair ialah mitos belaka.. 😉😉 
Kesimpulannya ialah mandi tu merupakan salah satu cara penjagaan diri yang baik, kerana dapat membersihkan segala kekotoran yang melekat di badan seperti peluh dan sebagainya apatah lagi semasa musim panas.. 😎 Konsep yang mudah, apabila badan kita bersih, maka kita akan menjadi lebih sihat seperti perumpamaan badan cergas otak pun cerdas 😂😂... Dalam agama Islam juga diajar, bahawa kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman.... Semoga entry post pada kali ini ada manfaat untuk pembaca di luar sana. Jumpa lagi di entry yang berikutnya..💓💜
Sekian , Terima Kasih 
......................................
(ESTINOVIJA SRI DWIHANDAYANI BINTI WELDAN

Tuesday, 13 February 2018

PENGALAMAN TINGKATAN ENAM (STPM 2016)

Entry yang pertama ni akan menceritakan tentang pengalaman semasa di Tingkatan Enam dan ingin memberikan sedikit pandangan mengenai persepsi masyarakat mengenai Tingkatan Enam. Alhamdulilla syukur kehadrat Allah kerana masih diberi kesempatan untuk update blog ni.. Pengalaman diri sendiri semasa di Tingkatan Enam ialah sungguh menyeronokkan, dan sampai sekarang kenangan tu masih segar di ingatan.. selama 1 tahun setengah belajar sesuatu perkara yang agak baharu juga dalam kehidupan , sebagai contoh belajar cara nak buat kerja kursus, belajar cara untuk pembentangan projek dan sebagainya. Bak kata orang kehidupan di Tingkatan Enam ni umpamanya macam kehidupan di Universiti, cuma yang bezanya ialah lokasi 😃..  Bila kita berada di Tingkatan Enam bermakna selangkah lagi kita dah berada di Universiti tinggal lagi selangkah untuk menentukan sama ada kita berjaya melanjutkan pengajian ataupun tidak.😇

aku tak setuju dengan persepsi sebahagian masyarakat yang mengatakan Tingkatan Enam ni tak bagus , sistem persekolahan masih tak up-to-date, susah nak dapat 4 flat dan macam-macam lagilah 😭😭😦. sebagai banyak kelebihan kalau masuk ke Tingkatan Enam, orang yang mengatakan susah apa semua sebab mereka tak lalui realiti yang sebenar.. mereka cuma tau menilai dari segi luaran tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu. aku sebagai bekas pelajar Tingkatan Enam, telah membuktikan bahawa dalam dunia ni tak ada yang mustahil untuk capai kejayaan. sebelum masuk Tingkatan Enam lagi, diri ni dah bertekad untuk berubah jadi lebih baik berbanding semasa pada peringkat SPM. Memang tak dapat nak dinafikan nak capai tekad tu memerlukan kesabaran, dan kekuatan yang besar.. alhamdulillah rezeki Allah dan memang benar Allah tu sebaik-baik perancang.. Allah kurniakan nikmat yang tak terhingga syukurnya dengan memberikan aku hadiah sebuah keputusan yang baik dengan memperoleh 4.00 PNGK dalam dapat duit sumbangan PIBG sebanyak RM1000 beserta trophy. Alhamdulillah aku dapat capai target untuk menjadi seorang pelajar terbaik STPM di peringkat sekolah SMK LAKSAMANA KOTA TINGGI, JOHOR. terima kasih Ya Allah 😌😌😌..
berikut merupakan beberapa lampiran gambar yang sempat dirakam untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat. semoga pengalaman indah ni akan terulang di peringkat Universiti dan seterusnya menjadi seorang Mahasiswi yang berdedikasi dan diteladani ramai. In Shaa Allah.......💕🙈
Barisan Pelajar yang mendapat keputusan PNGK 3.5 ke atas
Sesi bergambar bersama Pengetua SMK Laksamana
                                               
     
                                                   


Keputusan STPM keseluruhan 2016


Gambar bersama ibu tercinta
Selfie bersama rakan-rakan