KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Thursday, 29 March 2018

AKU SEORANG ESTI

     hai pembaca-pembaca blogku sekalian, apa khabar anda disana , semoga kalian semua berada dalam lindungan Allah dan rahmat-Nya..... Aamiin.. Tajuk entry aku kali ni berbeza sikit dengan sebelum ni, sebab aku nak perkenalkan siapa diri aku dekat kauorang semua 😅😅 .. Nama aku ni unik dan lain sikit daripada yang lain, dalam profile sidebar aku dah paparkan dah beserta gambar, perasan tak? halaaaaaa tak kan tak perasan.. 😂 Nama sebenar aku ialah ESTINOVIJA SRI DWIHANDAYANI BINTI WELDAN atau orang-orang biasa kenal nama gelaran Esti Handayani.. berbelit tak lidah awak-awak semua sebut nama aku? aku harap taklah .. Seorang insan yang bergelar Esti ini dilahirkan tepat jam 11.30 malam di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 8 Ogos 1997 melalui pembedahan.. mak aku cakaplah sebab aku kena bedah ialah kepala besar .. hahahhahahhaha 😂😂.. lucu betul erh,. tapi apapun aku kagum dengan mak sebab sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak perempuan macam aku ni.. terima kasih makkk 😘😘 ..
     aku ni pendek je orangnya , tinggi dalam 151 atau 152 centimeter macam tu, berat adalah dirahsiakan sebab berat badan merupakan soalan yang amat sensitif untuk abad kali ni.. 😩.. muka pula sudah tentu enak dipandang orang (cewahh, puji diri sendiri nampak) .. aku ni anak tunggal tak ada abang atau kakak ataupun adik.. itulah nikmat itulah kuasa Allah, walaupun macam tu aku tetap bersyukur.. jadi seorang anak tunggal ni bagi aku tanggungjawabnya lagi besar berbanding yang ada adik beradik.. sebab anak tunggal engkaulah harapan, engkaulah segalanya, engkaulah cerminan dan engkau jualah satu-satunya insan teristimewa.. Semua ibu dan ayah mempunyai harapan yang tersendiri untuk anak dia berjaya di pelbagai bidang.. macam tu juga mak dan ayah aku, banyak lagi cabaran yang aku akan tempuh akan datang.. bawa bersabar yaa estii.. 
        


        Aku ni seorang yang kelam kabut dan sensitif orangnya.. sedangkan perkara diluar jangkaan pun aku boleh sampai terfikir.. walaupun benda tu tak masuk dek akal.. walaupun aku dalam keadaan santai, tapi otak aku tak pernah berhenti untuk berfikir,.. ada sahaja yang bermain di minda.. misal kata tengah baring-baring untuk berehat seketika di bilik, nanti otak mulalah fikir hari ni ada assignment apa, projek apa lagi tak siap, esok nak pakai baju apa, nak basuh baju bila, nak pakai tudung apa, nak lalu jalan mana dan segala bendalah.. kalau aku senaraikan Allahuakbar tak terdaya nak baca hahahahaha 😁😁
    aku seorang yang mudah terhibur, suka gelak sakan dengan kawan-kawan dan mudah untuk beramah mesra dengan orang.. senang cerita aku ni seorang yang banyak cakaplah.. Sebab tulah masa Tingkatan Enam aku pernah masuk bahas walaupun tak sampai ke peringkat akhir tapi sekurang-kurangnya usaha tu ada.. tapi kadang walaupun aku seorang yang mudah untuk gelak sakan macam orang gila bukan bermakna aku tak ada masalah, terkadang disebalik gelak ketawa ada tersimpan seribu satu luka dimana semua orang tak kan faham melainkan diri kau sendiri sahaja.. selain daripada tu, aku ada warna kegemaran iaitu coklat.. kenapa aku pilih coklat, sebab bagi aku warna tu membolehkan aku untuk menjadi seorang yakin dalam melakukan sesuatu tindakan.. setiap warna ada aura dia terhadap si pemakai... dan setiap warna ada maksud tersirat.. nanti untuk entry akan datang aku terangkan sedikit mengenai warna-warna ni 😅

      walaupun aku mudah untuk gelak tapi aku ada juga kelemahan tersendiri iaitu aku seorang yang sangat-sangat mudah sensitif, tapi dalam sensitif aku, jaranglah aku akan tunjuk depan orang yang aku akan marah 😔.. aku jenis orang kalau dah marah, nanti aku melalak.. nampaklah kelembutan hati disitu.. cewahhh perasannya.. Hanya dua orang dalam dunia ni yang faham siapa aku yang sesungguhnya iaitu Paijem Binti Damis (Mak) dan Weldan Bin Samah (Ayah) .. mereka berdua ni lah semangat aku, kekuatan aku untuk aku terus kejar cita-cita.. Aku tetap berdoa , semoga Allah kuatkan aku untuk terus berusaha membanggakan ibu dan ayah dan dapat mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian 😉.. Aamiin 😊


       

No comments:

Post a Comment