KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Tuesday, 24 April 2018

GRADUAN MENGANGGUR , SALAH SIAPA ?

Hai semua, hari ni aku nak berkongsi serba sedikit mengenai artikel pengangguran dalam kalangan graduan... isu ni bukan isu yang biasa-biasa dah sekarang, ia melibatkan masa depan anak muda.. termasuklah aku.. aku seorang penuntut di salah sebuah universiti tempatan dalam jurusan bidang ijazah sarjana muda ekonomi... aku belajar bidang ekonomi ni pun sebab aku nak meluaskan ilmu pengetahuan aku mengenai ekonomi... hari ni aku ada terbaca artikel daripada Utusan Online yang menceritakan bahawa terdapat 54,103 graduan yang masih menganggur berdasarkan Sistem Kajian Pengesanan. Antara lima bidang yang merekodkan bilangan graduan menganggur ialah Bidang Pentadbiran Perniagaan dan Perdagangan, Sains Gunaan, Pengurusan Sumber Manusia, Perakaunan serta Sastera dan Sains Sosial….
Aku baca artikel ni pun aku rasa seram, sebab bila fikirkan balik kenapa kita kena belajar tinggi-tinggi, tapi pengakhiran kita kena berhadapan dengan pengangguran. Aku harap pihak yang bersangkutan boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan sedemikian.. kadang rasa kasihan dengan generasi muda yang baru menamatkan pengajian tapi tak dapat pekerjaan disebabkan pihak majikan tak sanggup nak ambil pekerja baharu dan menanggung risiko.. habis sampai bila generasi muda diperlakukan macam tu? Graduan ni ada komitmen yang perlu dilaksanakan… kena langsaikan hutang PTPTN, tapi kalau dah mereka tidak diberi peluang siapa yang harus dipersalahkan?
Dekat laman social sekarang dah berapa banyak post mengenai ramai graduan yang bekerja jual nasi lemak di tepi jalan, jadi operator kilang walaupun sebenarnya kelayakan mereka adalah jauh lebih profesionalisme. Walaupun ada makhluk-makhluk yang kecam pekerjaan mereka, tapi mereka tetap jalani kehidupan dengan baik.. janganlah dihina sesuatu pekerjaan tu selagi pekerjaan tu halal dan memberikan pulangan rezeki yang baik…
Semoga akan datang negara aku ni akan lebih berdaya saing dan boleh selesaikan segala permasalahan yang ada dengan minda terbuka tanpa menjejaskan mana-mana pihak yang bersangkutan.. Aaamiin  J









No comments:

Post a Comment