KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Saturday, 28 April 2018

How does the robotic affect the manufacturing sectors

I’ve done my assignment of Academic Communication and my topic is about How does the robotic affect the manufacturing sectors. Therefore, I would like to share the fact about my main topic.. I wish all reader can get the poin for what I’m trying to say.. Every manufacturing sector is unique, yet some challenges are common. For example, how to improve quality and reduce delivery times while simultaneously lowering costs? To solve these problems, manufacturers around the country are turning to industrial robots. Robotic solutions to manufacturing challenges reduce process variability, increase capacity and productivity, and sometimes combine process steps. Based on the statistic, Singapore follows in second place in Asia with a rate of 488 robots per 10,000 employees in 2016. About 90 percent of robots are installed in the electronics industry in Singapore (Robot Density Rises Globally, 2017).




 Robots of Assembly Operations in automative sectors
 Picture : Robots for material handling (selection, transferring the part, packaging and machine loading) in industry

The robotics have their benefits which is can develops flexible fixturing and controlled processing methods to help customers overcome challenges caused by high production rates with zero changeover requirements. In welding sectors, welding robots offer efficiency, reach, speed, load capacity, and enhanced performance for welding parts of all shapes and sizes; and they support a wide range of intelligent functions such as ready-to-use robotic vision, and collision avoidance (Calderone, 2016). Another example for robotics in  manufacturing sector is drilling and fastening, inspection, painting and sealing and the lastly is collaborative assembly. According to the article of The American Society of Mechanical Engineering, each of robotics have advances in artificial intelligence, computer vision, microelectromechanical systems sensors, and semiconductor technologies have enabled industrial and service robots to work alongside humans to help assemble products across a wide range of industries (Crawford, 2017). Therefore, it is clear that robots have a distinctive role in advancing the economy, especially in the manufacturing sector.

Picture : For painting robots (can apply material without leaving behing trips)

Picture : for welding operations machine to easy the burden of welder for do the hardest and difficult part










Alright thats all for today.. Thank you for reading guyss 😍😍


Tuesday, 24 April 2018

GRADUAN MENGANGGUR , SALAH SIAPA ?

Hai semua, hari ni aku nak berkongsi serba sedikit mengenai artikel pengangguran dalam kalangan graduan... isu ni bukan isu yang biasa-biasa dah sekarang, ia melibatkan masa depan anak muda.. termasuklah aku.. aku seorang penuntut di salah sebuah universiti tempatan dalam jurusan bidang ijazah sarjana muda ekonomi... aku belajar bidang ekonomi ni pun sebab aku nak meluaskan ilmu pengetahuan aku mengenai ekonomi... hari ni aku ada terbaca artikel daripada Utusan Online yang menceritakan bahawa terdapat 54,103 graduan yang masih menganggur berdasarkan Sistem Kajian Pengesanan. Antara lima bidang yang merekodkan bilangan graduan menganggur ialah Bidang Pentadbiran Perniagaan dan Perdagangan, Sains Gunaan, Pengurusan Sumber Manusia, Perakaunan serta Sastera dan Sains Sosial….
Aku baca artikel ni pun aku rasa seram, sebab bila fikirkan balik kenapa kita kena belajar tinggi-tinggi, tapi pengakhiran kita kena berhadapan dengan pengangguran. Aku harap pihak yang bersangkutan boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan sedemikian.. kadang rasa kasihan dengan generasi muda yang baru menamatkan pengajian tapi tak dapat pekerjaan disebabkan pihak majikan tak sanggup nak ambil pekerja baharu dan menanggung risiko.. habis sampai bila generasi muda diperlakukan macam tu? Graduan ni ada komitmen yang perlu dilaksanakan… kena langsaikan hutang PTPTN, tapi kalau dah mereka tidak diberi peluang siapa yang harus dipersalahkan?
Dekat laman social sekarang dah berapa banyak post mengenai ramai graduan yang bekerja jual nasi lemak di tepi jalan, jadi operator kilang walaupun sebenarnya kelayakan mereka adalah jauh lebih profesionalisme. Walaupun ada makhluk-makhluk yang kecam pekerjaan mereka, tapi mereka tetap jalani kehidupan dengan baik.. janganlah dihina sesuatu pekerjaan tu selagi pekerjaan tu halal dan memberikan pulangan rezeki yang baik…
Semoga akan datang negara aku ni akan lebih berdaya saing dan boleh selesaikan segala permasalahan yang ada dengan minda terbuka tanpa menjejaskan mana-mana pihak yang bersangkutan.. Aaamiin  J









Thursday, 19 April 2018

RINDU ZAMAN SEKOLAH

hari ni aku nak meluahkan perasaan rindu dekat semua... haihh rasa macam kenapalah zaman persekolahan tu zaman paling indah .. walaupun dulu tak sabar nak habis sekolah tapi bila dah habis sekolah maca nak masuk sekolah balik... yang membuatkan aku rindukan sekolah ialah suasana dia... dengan kenakalan budak-budak kelas , saling menyakat antara satu sama lain dan macam-macamlah.. kalau aku senaraikan semua, sampai kesudah tak selesai... gais, siapa yang baca entry ni aku harap korang sudi baca sampai habis 😂😂 paling aku sayang ialah kenangan zaman Tingkatan Enam, rasa macam nak hadap balik kenangan Tingkatan Enam ni... setiap orang yang aku kenal dalam kelas tu ada gelaran-gelaran dia .. mekti (Hayati), Mona (Sabrina), Mak (Farsanah), Arin (Azreen), Rad (Azie), Firha (Faten), Hawe {dengan sebutan e taling hahahahhahahah}, Nun (Tahirah), Syero (Syera), Meicah (Marisyha).. rindu juga dengan kawan-kawan lain macam 3 abdul (Haziq, Haikal, Qhai) , yingyun, tarshini, grace, claud, dengan jenn... apalah yang korang semua buat sekarang ni kan 😁😁.. 
pagi-pagi datang kelas biasa jumpa 'mak'.. Ibu segala bawang untuk 6AUKM 2016... hahahhaha 😂😂😋.. dengar dia bercerita je perghh memasing terus fokus tak ngantok langsung kalau dengar dia gosip... kalau nak tambah penyedap selitlah Mona n The Gang... Rindu lah dekat korang... bila dah masuk U ni, rasa macam dah tak sama macam mana kita gila-gila dulu,.. nak ajak lepak senang je... cakap je bila tempat kat mana.. nanti masing-masing terus gerak pape roger hahahahaha... kita pernah berjuang sama-sama hadapi STPM, kita pernah sakit hati sama-sama, pernah susah sama-sama, pernah bahagia sama-sama....... kagum dengan korang semua, apa pun terima kasih sebab sudi jadi kawan aku yang paling best sepanjang 21 tahun aku hidup di dunia ni.. harap sangatlah boleh jumpa kauorang lagi .....


setiap gambar ada cerita yang tertentu, dan aku bersyukur sebab dipertemukan dengan kawan-kawan yang baik macam kauorang.. aku mendoakan semoga kauorang berada dalam keadaan yang baik baik dan dilimpahkan rezeki yang meluas... dimana pun kauorang berada, tetaplah jadi diri kauorang yang sesungguhnya dan jangan pernah berubah untuk jadi orang lain...








Tuesday, 17 April 2018

PERCAYA DENGAN DIRI SENDIRI


Hai semua, apa khabar hari ni ? semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada dalam perlindungan Allah S.W.T.. Aamiin,.. hari ni aku nak terangkan serba sedikit mengenai mengapa perlunya kita percaya dengan diri sendiri ..setiap orang yang duduk dalam muka bumi ini mempuyai zaman kisah silam masing-masing , mengalami fasa liku-liku kehidupan .. yang membezakan kita dengan yang lain ialah cara kita untuk mengatasi masalah tersebut.,. setiap orang Allah bagi ujian yang berbeza, makin berat ujian maka makin besar lah tingkat kesabaran yang diterima...sebagai seorang manusia kita kena kuat dan tabah jangan mudah mengeluh dengan setiap masalah yang dihadapi,... sebesar mana pun ujian tersebut sentiasalah berfikiran positif bahwa akan adanya hikmah yang indah disebalik apa yang berlaku..

macam dalam entry aku yang sebelum ni aku ada menerangkan beberapa konsep mengenai "how to be strong girl"? ,.. tajuk tu lebih kurang sama dengan tajuk yang akan aku terangkan pada hari ini.. aku percaya dan yakin semua manusia yang hidup dimuka bumi ini ada kekurangan dan kelebihan... kekurangan dan kelebihan tu lah yang akan membentuk personaliti seseorang individu.. maka bersyukurlah dengan setiap dugaan yang mendatang,.. setiap cita-cita yang kita nak capai, kita kenalah berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya hasil yang diperoleh akan jadi lebih sempurna.. ingatlah semua, kuatkan hati dan cekalkan diri 😀😀.. jangan mudah putus asa.. 

buanglah perasaan malu tu dan gantikan perasaan tersebut dengan keyakinan diri yang tinggi.. nak berjaya kena ubah persepsi diri supaya jadi lebih positif bukannya jadi lebih mengalah 😁.. jangan manjakan sangat diri tu.. berdasarkan artikel Tips Pengembangan Diri, terdapat beberapa cara-cara unutk meningkatkan keyakinan antaranya ingat Allah.. beringat-ingat juga , Allah tu Maha Segalanya dan percayalah dengan setiap kebesaran Allah.. seterusnya jada penampilan... Penampilan tu aset yang penting untuk seseorang individu, nak jumpa orang yang hebat-hebat diri sendiri kenalah hebat dulu ... sebagai contoh dari segi pemakaian ataupun percakapan...

Ok yang ni paling penting sekali, mohonlah buang segala pemikiran yang negatif tu.... tak kemanalah oii kalau diri sendiri asyik berfikiran negatif je, macam mana nak berubah jadi lebih baik kalau diri sendiri asyik fikir yang bukan-bukan.... ingat SENTIASALAH BERFIKIRAN POSITIF.. tak rugi mana kalau amalkan positifkan diri, sebab yang akan bahagianya kita juga bukan orang lain.. tanamkan azam dan tekad supaya untuk akan datang boleh jadi seorang yang berjiwa kental 😃😃

Sekian terima kasih 

Tuesday, 10 April 2018

CANVA.COM

Hari isnin (09 April 2018) , dalam subjek Aplikasi Komputer Puan Shazlinda ada ajar mengenai infografik.. ada satu website atau aplikasi yang dinamakan Canva.com.... Banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada aplikasi tersebut,. bagi aku mudah betul kalau ada aplikasi ni, kita tak perlulah nak pening-pening kepala memikirkan cara nak mereka bentuk infografik yang sesuai.. sebab dalam Canva.com ni dia dah bahagikan kepada beberapa bahagian , dan kita boleh pilih sama ada nak ikot rekabentuk macam mana mengikut kesusuaian tema infografik..
aku adalah juga buat 3 infografik dekat situ tapi belum sampai tahap yang mencabar lagilah , baru setakat kata-kata semangat sahaja.. 😂😂😂... aku ada buat logo syarikat untuk projek Asas Keushawanan dan Inovasi.. tak sampai 5 minit dah siap.. memang memudahkan kerja aku betul aplikasi Canva.com ni.. ni antara contoh-contoh yang imej yang aku dah buat.. maaflah yaa tak cantik , yang penting setiap imej membawa maksud tersendiri.. jangan risau benda tu tak perlu nak muat turun, cukuplah anda semua register menggunakan emel dan password.... semua hanya menggunakan jari 😀😁 .. okay pergilah dekat link ni Canva.com......
Ni antara gambar-gambar yang aku dah muat turun daripada Canva.com ni.. 


Sekian sahaja untuk entry kali ni , semoga berjumpa lagi untuk akan datang... bye semuaa 😋😍

Friday, 6 April 2018

SIAPA KEKUATAN AKU ?


Hari ni aku akan ceritakan dekat sini siapa kekuatan aku yang sebenar dalam kehidupan realiti seorang Estinovija Sri Dwihandayani Binti Weldan.. ada tiga orang dalam dunia ni yang menjadi penyemangat aku dalam meneruskan kehidupan ni, lebih-lebih lagi bila dah masuk alam universiti iaitu mak, ayah, dan haikal.. 3 orang ni paling banyak berjasa dalam kehidupan aku.. Bila aku patah semangat, mereka bertiga ni lah yang akan selalu mengingatkan aku betapa pentingnya untuk bersabar.. Allahuakbar tipulah sebagai seorang pelajar yang menuntut ilmu di UKM ni ataupun dimana-mana institusi pengajian pun tak terlepas dari perasaan putus asa..  tapi kena sedar dari lamunan juga, sampai bila nak jadi manusia yang lemah semangat macam ni .. Sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa akan ada sebuah pengakhiran yang indah di hujungnya nanti..

bila ingat balik jasa mak ayah aku ni, tak boleh nak balas dengan wang ringgit.. aku nak mengimbas kembali zaman sekolah rendah, waktu tu tahun 2004 aku baru darjah 1.. Daerah Kota Tinggi memang dilanda banjir teruk, aku dengan kawan-kawan lain time tu kena pindah ke bangunan lebih tinggi sebab aras aku dah kena masuk air... tahu-tahu cikgu panggil aku, dan cakap "esti, ayah awak dah tunggu dekat bawah.. cepat turun"... waktu tu memang banjir teruk , masa tu keluarga aku belum ada kereta lagi... hanya ada aset motor Suzuki yang bunyi ekzos kuat sampai kadang-kadang sakit telinga aku dengar 😂😂😂... masa tu air memang dah naik, tapi ayah sanggup redah banjir tu semata nak ambil aku .. motor tu rasa macam dah nazak sebab kena air , tapi alhamdulillah selamat... pengorbanan seornag ayah, yang memang tak kan aku lupa sampai akhir nafas sekalipun... 
 

dengan ayah , apa yang aku nak semua dapat.. walaupun selalu gaduh dengan ayah tapi ayah selalu mengalah demi anak perempuan dia ni.. ayah aku tau yang anak dia memang seorang yang keras kepala, selagi kemahuan tak dipenuhi memang akan merajuk.. kata-kata ayah yang sentiasa bermain di minda "Biarlah ayah tak makan sekalipun , asalkan anak ayah boleh masuk universiti... walaupun orang di luar sana hina ayah dan mak cakap keluarga kita tak mampu nak tanggung anak belajar, ayah akan buktikan"... alhamdulillah sekarang anak ayah dah masuk universiti .. doa ayah termakbul... ayah berjaya didik anak ayah sampai ke peringkat menara gading walaupun ayah cuma belajar sampai tahap sekolah menengah (Tingkatan 3).. Ramai makcik-makcik cakap aku mewarisi kepandaian ayah dan kebijakan ayah... sebab dulu waktu ayah kecik, ayah sentiasa dapat markah yang baik dan cemerlang... ayah suka subjek Matematik, sebab tu anak dia suka bermain dengan nombor 😁😁



Mak pula, merupakan seorang insan yang sama tahap dengan ayah.. terlalu banyak pengorbanan dia, sampaikan aku ni tak tahulah sempat ke tak nak buat dia bahagia.. allahuakbar 😭😭... Pengorbanan dia yang sentiasa aku ingat sampai sekarang ialah masa aku darjah 6 lepas dapat keputusan UPSR, aku tak ditawarkan dimana-mana sekolah menengah.. dan mak aku memang rasa kecewa sebab dulu aku dapat 4A1B..  aku sendiri masa tu kecik lagi, masih belum matang.. waktu tu aku ingat lagi pukul 4.30 petang... aku pergi pejabat dekat sekolah aras tiga, mak aku tunggu dekat bawah... lepas dapat kan dokumen yang orang Pejabat Pelajaran Daerah nak, aku turun bawah dan aku tengok mak aku termenung jauh sampai aku panggil banyak kali pun dia tak perasan.. daripada situ aku rasa kesian sangat, mungkin mak dan menanam harapan yang tinggi untuk anak dia sambung di sekolah kluster..daripada situ aku tanam azam, bahawa aku tak kan kecewakan mak dan ayah.. aku nak buktikan pada semua yang aku boleh... walaupun aku tak dapat sekolah kluster tapi alhamdulillah kesudahannya aku dapat jua menjadi salah satu contoh pelajar terbaik di peringkat STPM... banyak anugerah yang diperoleh.. sungguh kuasa Allah yang sangat hebat , yang sangat indah susunan jalan kehidupan untuk seorang Esti.. 😔😔

kesimpulannya, aku mengharapkan semoga Allah merahmati kehidupan mak dan ayah. semoga sampai ke syurga aku tetap disatukan dengan mereka,.. semoga Allah memanjangkan umur mak dan ayah ... Mak ayah, doakan anak mak ayah disini yang sedang melanjutkan pelajaran, yang sedang berjihad untuk mencari ilmu pengetahuan... ada lagi 2 tahun mak... 2 tahun tak lama sekejap je... Esti sayang mak ayah dan haikal .... Life goals aku ialah buat mak dan ayah bahagia serta bangga dengan setiap pencapaian yang aku lakukan.. semoga Allah memberkati segalanya .. Aamiin 😊😊


Monday, 2 April 2018

HOW TO BE STRONG GIRL ?


   Hello everyone ! How was your day today? is it fine ? I wish all of you is fine and always have in pink of health... In Shaa Allah.. today i would like to make an entry about how to be a strong girl.. why i choose this topic? because for me, it is related to our society expecially girls.. nowadays we see that around of us there are so many achievement among of women in every community.. So we can conclude women can stand up by theirselves without any complaination and excuses.. They are prove that every single step that they took is can give the sweet achievement at the end.. so all things in this world are not imposibble to happen 😎😎

   Alright , let me continue to the main point.. woman who is strong automically she is independent person.. why i said this? Have all of think that woman would stop their journey or effort to get something? the reality is not.. Women is not easily give up to achive what they want in their life.. they will find a lot of ways to solve the problems and would survive it with a strong heart.. even though, they would face some difficulties but it is not a excuses for them to change become a better person... Strong woman is not easily influenced by other people, instead they will motivated themselves and assume it as a challenges..

   Moreover, mental quality also must be strong.. just avoid the negative perception, and continue to achieve our goals.. without a good effort, we will not get the best result.. As a good person please advice yourself to not too be depend on others.. let every single moment that we have been through become a experienced, therefore it can be a guidance.. 
 
     In conclusion, strong woman is everything nowadays because this kind of woman is most respectful by others.. She can build a new confident level and can be more reasonable in future.. They would always find any solution to be more easily adapt in any situation.. Therefore, with strong woman we can identify ourselves and straightained our mind and physical to face a new challenges in future and indirectly we can be a useful to others without burden anyone in this world.. 

Okay that's all for today ,.. see all of u in next session 😍😘