KEGAGALAN LEBIH BAIK DARIPADA KEJAYAAN DALAM KEHINAAN, IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN

Friday, 25 May 2018

THE AMAZING OF WEEK14 (UNIVERSITY LIFE)

Hah gempak tak tajuk , 'The Amazing of Week 14'... Insan yang bergelar mahasiswa/i je tahu apa makna tersirat untuk Week 14 ni.. hahahaha mengapa tidak? week 14 ni jugalah segala assignment perlu dihantar, perlu dibentang, dan segala yang memerlukan.. ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„... Ya Allah tipu sangatlah aku tak tertekan dengan menghadap assignment yang bertimbun bagai nak rak ni.. lagi-lagi assignment Prinsip Perakaunan, dia punya kesabaran untuk menyiapkan Projek Berkumpulan tu cuma Allah sahajalah yang tahu.. Tapi diri ni kira bernasib baik sebab dapat kawan-kawan yang boleh berkerjasama dengan baik, yang tak boleh nak bagi kerjasama tu semoga Allah membalasnya lah yaa.. aku malas nak pertikaikan , sebab Allah sentiasa Adil untuk hamba Dia yang sentiasa berusaha.. aku percaya Allah nampak, aku percaya Allah ketahui apa yang aku tak tahu... ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Sepanjang minggu ke-14 ni jugalah, ada 3 subjek aku akan hadap untuk pembentangan projek akhir... semoga semasa pembentangan dijauhkan daripada perasaan gugup, dan semoga juga diri sendiri ni yakin untuk bagi penerangan yang jelas kepada pendengar,.. Aamiin ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ bukan apa, waktu pembentangan tulah semua akan fokus dekat kita, kalau kita sendiri tak yakin dengan kemampuan diri sendiri , macam mana kita nak yakinkan orang lain?? sebenarnya bagus juga kalau ada pembentangan ni, secara tidak langsung kita akan dididik untuk bercakap dikhalayak ramai, dan dapat membina keyakinan disamping menyampaikan sesuatu pendapat kepada orang ramai ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Harapan untuk semester 2 tahun 1 ni , semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberikan rezeki yang melimpah ruah... semoga juga dapat lulus dengan cemerlang dalam semua matapelajaran, kalau boleh tak naklah ada C .. tak pasal-pasal cacat result aku ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Untuk Tahun 2 nanti , semoga Keputusan untuk ambil Majoring Ekonomi Monetori dan Dasar Fiskal dipermudahkan dan dapatt menjadi salah seorang mahasiswi yang berjaya yang dapat berbakti kepada nusa dan bangsa


Saturday, 19 May 2018

CITRA PENULISAN PANTUN

Teringat masa sem 1 Tahun 1 aku ambil subjek citra penulisan pantun kreatif.. Nampak macam mudah, tapi projek bukan main susah erh.. tapi memandangkan aku dah ada pengalaman daripada aku Form 3 sampai Form 5, dah dibiasakan dengan pendedahan pantun , jadi anggap jela segala kesukaran tu jalan nak pergi kejayaan hahaha… ingat lagi sepanjang buat assignment pantun , kena cipta 30 rangkap pantun then kena persembahkan dalam bentuk lagu, kena buat drama pantun, ada kuiz pantun (reka pantun) dalam tempoh 1 Jam 15 minit. Hahhahahaha ya allah bila ingat balik, dia ada sakit dia ada bahagia.. tapi bestlah sebab dapat jumpa kawan-kawan daripada fakulti lain, memanglah awal awal malu-malu kucing .. tapi bila dah kenal antara satu sama lain , maka keluarlah segala perangai.. HAHAHAHHA… sekarangpun kalau jumpa, masing-masing bertegur .. yang tak bertegur tu tak kisahlah, diri sendiri pun dah besar.. HAHAHAHA lagipun aku tak kisah pun… halaa namapun manusia kan, mungkin perasaan malu tu tinggi , kekok ke apa kan.. fikir positif jela
Hah aku nak tunjuk beberapa hasil karya aku mengenai pantun riwayat diri walaupun tak semua 30 rangkap tapi cukuplah untuk beberapa contoh sebagai peneman untuk pembaca-pembaca blog sekalian.. jangan gelakkan , sebab aku taulah aku punya tak best :-


Anak raja pergi ke Paya, Sultan dipandang penuh mulia,
Ternampak pula seorang bidadari, Memberi titah di tepian kolam,
Estinovija itulah namanya, Lapan ogos lahir ke dunia,
Merungkai kisah personality diri. Tepat jam sebelas di waktu malam.


Burung dara membuat sarang, Tumbuh mewangi melati ditaman,
Baju jepang beri berpita, Kelopak bertaburan di tepian kolah,
Diriku ini cumalah seorang, Tawa dan tangisku jadi peneman,
Hanya berteman ibu dan bapa.                   Menjadi kebanggaan ibu dan ayah.


Batik dilakar motif raflesia
Buat bingkisan seorang kelasi,
Ibu dan ayah dari Indonesia,
Datang merantau mencari rezeki.
Sebelum habiskan entry, aku nak share beberapa gambar kelas untuk Pantun Kreatif ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€.. semoga jumpa awak awak semua di lain hari .. Aaamiin ! 
 



APA ITU STATISTIK UNTUK EKONOMI DAN PERNIAGAAN ?

Statistik yang aku belajar di Dewan Kuliah 3 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) UKM, sepanjang hari khamis pukul 8.30 pagi sehingga 11 pagi akan berakhir tak lama lagi.. rasa macam sedih sebab subjek kegemaran dah nak jumpa penghujung (Minggu -14).. Ok berdasarkan nota-nota yang aku catat ni, statistic tu merupakan suatu kaedah saintifik untuk mengumpul, mengurus, meringkas, mempersembah serta menganalisis data… dalam persembahan data ni kita akan dibahagikan kepada dua iaitu dalam bentuk grafik dan jadual..๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ Data ni dia ada dua bahagian iaitu data primer dan data sekunder.. dua benda ni adalah berbeza maksud .. Data Primer ialah penyelidik bertanggungjawab untuk kumpul segala data yang berkaitan, manakala data sekunder  laporan yang diperoleh adalah berdasarkan data yang lepas.. ๐Ÿ˜
Cabang statisitk ni terbahagi kepada dua iaitu statistic deskriptif dan statistic inference,… masa awal-awal belajar dulu tak pernah faham apa bendalah deskriptif dan inference bagai ni, tapi bila dah mula belajar owh baru faham ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ … sebenarnya statistic yang aku belajar ni adalah benda asas bagi program pengkhususan Ekonometrik dan Stastik gunaan.. tapi bagi aku belajar stastik ni seriously best sebab sambil belajar sambil otak aku berfikir cara penyelesaian untuk sesebuah permasalahan,.๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ dan kalau boleh jujur, subjek statistic lah paling aku minat sebab aku suka Puan Nafisah Mohammed ajar , cara dia mengajar mengingatkan aku dekat cikgu matematik zaman sekolah dulu..๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ satu-satu di jelaskan, dan mudah untuk aku faham.. Alhamdulillah Allah permudahkan semasa aku menjawab soalan stastik untuk midsem hari tu, tapi tak taulah secara keseluruhan boleh skor A ke tidak.. tapi harap-harap dapat, sebab mengharapkan betul untuk skor subjek ni.. Kalau dapat A memang sujud syukur betul ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Eh sambung semula untuk bahagian statistic deskriptif kita akan belajar mengenai visual contohnya macam carta pai , graf, histogram dan graf bar… kalau untuk teknik numerical kita akan belajar min (purata) , julat, median,mod…. Kalau untuk inference pula, kita akan menggunakan kaedah kesimpulan.. statistic inference ni digunakan untuk penganggaran hipotesis dan ramalan… hah start daripada kuliah 7 sampailah ke kuliah 13 … memang otak akan belajar berkenaan cara pembuktian hipotesis je.. aku suka sebab benda ni mencabar… tapi nak fahamkan dia , kita kena sentiasa buat latihan .. itu cara penyelesaian .. cukuplah Matematik aku dulu dapat markah yang tak memberangsangkan.. walaupun sekadar lulus tapi Alhamdulillah lah.. mungkin Allah nak aku belajar dengan lebih bersungguh-sungguh untuk hari yang mendatang.. Moga segalanya dipermudakan.. Aamiin 
Kesimpulannya disini, belajar dan kejarlah ilmu semua tu.. jangan pernah ada kata putus asa ataupun tak boleh dalam kamus kehidupan.. Ingat-ingatlah juga, orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh buat .. tak ada yang mustahil dalam dunia ni.. Ingatlah Estinovija Sri Dwihandayani Binti Weldan, semua akan dapat dicapai kalau kau sentiasa berfikiran positif dan percaya dengan kemampuan.. sebenarnya kau boleh Cuma kau je malas HAHAHAHAAH ..
SEKIAN TERIMA KASIH 

KEPUTUSAN MAJORING TAHUN 2


Pada 18 Mei 2018 (Jumaat) satu keputusan mengenai permohonan untuk program wajib modul telah dikeluarkan . Syukur Alhamdulillah aku lepas dan diluluskan untuk ambil wajib modul Ekonomi Monetori dan Dasar Fiskal ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜.. walaupun ramai yang cakap susah dan sukar untuk skor tapi aku akan jadikan 2 perkara tersebut sebagai salah satu pendorong untuk aku buktikan yang aku mampu untuk hadapi dan cabaran yang mendatang. Tak ada yang senang di muka bumi ni , nak berjaya kena berusaha lebih, nak cemerlang kena istiqomah… ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Škalau dah berjuang habis-habisan, barulah kita boleh fokus untuk berserah kepada yang Maha Esa, semoga apa yang kita lakukan diberkati olehNya… Aaamiinn

Masa tau dapat keputusan majoring tu rasa bahagia Cuma Allah sahaja yang faham, sukar nak digambarkan sebab dalam kepala otak ni dah macam-macam planning aku nak buat๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜–๐Ÿ˜–… hahahahha sebenarnya sedih sebab tak boleh nak skor Math masa sem 1 dulu , kalau tak mesti boleh ambil ekonometrik tapi tidak mengapa dalam kos Ekonomi Monetori dan Dasar Fiskal ni pun rasa dah bersyukur.. ๐Ÿ˜Ÿ๐Ÿ˜ŸIn Shaa Allah adalah peluang yang mendatang . bak kata Dr Shahida, jangan terlalu fikirkan pekerjaan, selagi bergelar mahasiswa kejarlah ilmu, carilah ilmu sebanyak mungkin sebab setiap ilmu yang dipelajari ni lah yang akan memberi manfaat untuk kita .. Sebagai contoh mungkin bukan untuk diri sendiri tapi mungkin untuk sebuah negara.. ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎwalaupun tak dapat berjuang untuk berperang (kononnya) tapi cukuplah dengan menghasilkan buah fikiran untuk menyelesaikan masalah ekonomi dengan memberikan beberapa cadangan…๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Bila difikirkan memang betul apa yang dr shahida cakap, sebab mana ada dalam dunia ni akan datang bergolek pada diri kita… benda yang senang pun kadang-kadang akan menghilang.. jangan terlalu ikutkan orang, yang nak berjaya kita bukan orang lain.. Anggap jela mulut-mulut orang di luar sana yang mengata tu sebagai seorang syaitan yang menghasut, nak lawan syaitan senang je buktikan yang sebenarnya kita lagi mampu dan lagi hebat ๐Ÿ˜๐Ÿ˜… semoga Tahun 2 nanti aku akan dapat menjadi salah seorang mahasiswa yang berjaya , dan di anugerahi Anugerah Dekan.. Semoga Allah dapat membantu aku sebagai seorang anak untuk berbakti kepada orang tua sepanjang bergelar Mahasiswa. Aamiin..๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ

SALAM RAMADAN AL MUBARAK

17 Mei 2018, adalah tarikh dimana semua umat Islam diwajibkan untuk berpuasa selama 30 hari... untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim, kita dikehendaki untuk menahan lapar dan dahaga serta nafsu yang tidak elok sepanjang berpuasa.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š tapi aku sebagai seorang mahasiswi memang tak lekang daripada perasaan sedih ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ sebab inilah kali pertama aku berpuasa tanpa kehadiran mak dan ayah disisi.. sepanjang 21 tahun hidup , dah biasa puasa dengan mak ayah, tgapi kali ni puasa tanpa kehadiran mereka berdua sungguh terasa sunyi kehidupan ni.. dah lah setiap kali puasa pertama ada menu makanan yang wajib iaitu mihun dan bubur sagu... Allahuakbar sedapnyaa kalau dapat makan bubur sagu tu... ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ... puasa pertama makan nasi putih lauk ayam goreng tapi ayam gorengnya keras sangat, stress pula rasa ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ .. apalah tukang masak ni, masak lah betul-betul untuk pelanggan, aku dah bayar ๐Ÿ˜ช.. tapi sepanjang puasa sebenarnya perut tak pernah lapar dia cuma kehausan sahaja... kalau waktu berbuka dapat minum air katira, air soya ๐Ÿ˜๐Ÿ˜, nikmatnya Ya Allah... 

tapi sepanjang berpuasa ni mengharapkan juga untuk kuruskan badan , sebab dah gemok gedempol sangat badan ni,. ๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช, kalaulah aku kurus mesti orang-orang tak pandang rendah dekat aku ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ.. ni semua sebab salah diri sendiri sebab kuat makan.. hahhahahah takpelah berusahalah sehingga mencapai target yang diimpikan.. apapun berpuasalah niat kerana Allah, dan di bulan ramadan nilah kesempatan kita sebagai umat islam untuk mengabdi kepada yang Maha Esa... ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š nikmat beribadah di bulan puasa ni lain daripada bulan yang lain..... antaranya kita akan jumpa dengan malam nuzul Al-Quran, dan paling penting malam lailatul qadar.. walaupun mustahil bagi aku untuk Allah ampunkan kesilapan hamba macam aku yang dah terlalu banyak melakukan dosa di muka bumi ni, tapi aku mengharapkan keajaiban yang mendatang ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜Š... 

beberapa kebaikan dan hikmah sepanjang bulan puasa ni... antaranya ialah pahala berlipat ganda.. kalau sebelum ni ibadah kita tunggang langgang, maka di bulan ramadhan ni lah kesempatan yang jangan dipersiakan untuk istiqomah dalam beribadah.. Hikmah adanya bulan ramadhan ni kita akan lebih bersemangat untuk melakukan kebaikan dan ibadat.. dan sudah tentu diri sendiri akan terlatih untuk saling memaafkan serta berkongsi rezeki sesama insan yang lainnya.. Sungguh indah bulan ramadhan ni .. 

Pesanan untuk semua yang baca blog ni semoga anda semua dapat melaksanakan ibadah dengan baik dan moga segala amal ibadah di terima.. Moga Allah memberkati kita semua sebagai umat manusia di muka bumi ini ,.. Aamiin... ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š 


Friday, 18 May 2018

Persediaan Menghadapi Pembentangan Projek Akhir


Rasa macam lama dah tak update blog , jadi hari ni cuma nak meluahkan perasaan yang agak bahagia sedikit walaupun sebenarnya belum bahagia 100% ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„.. Projek Perakaunan , Projek Aplikasi Komputer, dan Academic Communication hampir keseluruhan sudah selesai kecuali pembentangan sahaja !.. hoorayyy !!!๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ rasa bahagia cuma Allah sahaja yang tahu, kalau tidak stress fikirkan masalah yang tak kunjung selesai.. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan , dan terima kasih juga kepada setiap ahli kumpulan yang dapat bekerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung.. sepanjang nak menuju minggu ke-14 ni memang sakit otak, banyak benda kena fikir, banyak benda kena siapkan, final projek semua boleh tahan memeras otak.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ tapi rasa macam tak percaya juga sebab hampir nak selesai segala masalah .. Terima Kasih Allah

Ok beberapa persediaan telah pun dilakukan , antaranya buat powerpoint sebagai bahan sokongan untuk proses pembentangan... semoga sepanjang proses pembentangan dijalankan , Allah bagi aku idea Allah tolong aku cara nak bentang, dan sebagainya .. Aamiin.. rasa macam otak lega selega-leganya bila semua dah selesai ๐Ÿ˜ด, dah boleh fokus untuk peperiksaan akhir yang akan bermula 30hb Mei 2018 iaitu subjek Makroekonomi ๐Ÿ˜ณ.. Hah gambar di bawah ni contoh powerpoint untuk projek Academic Communication :


masa yang diberi untuk pembentangan adalah 3 minit untuk setiap orang, Ya Allah aku ni dah lah banyak cakap... mana cukup 3 minit tu, tapi kalau kena bercakap dalam bahasa Inggeris In Shaa Allah cukup rasanya.. sebab tak mahir sangat Bahasa Inggeris , apa pun diri sendiri kena sentiasa fokus dan berusaha.. sebab 2 benda ni ialah kunci kejayaan seseorang ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž.. Sepanjang buat kerja Aplikasi Komputer untuk bahagian access , masyaallah dia punya kesabaran fikirkan data apa nak kena buat , fikirkan macam mana nak hubungkan databased ni dengan databased yang lain dia punya sakit otak cuma Allah je yang tahu... belum lagi part dah buat relationship , query tak keluar sebab field databased tak sepadan ..... satu-satu kena buka tengok .. tapi alhamdulillah segalanya selesai jua ๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด... dan inilah contohnya relationship yang dah selesai :


Apapun doakan lah 22hb Mei 2018 ni pembentangan dapat dijalankan dengan sebaik yang mungkin.. Aamiin ,.. semoga rakan-rakan yang menghadapi peperiksaan akhir dapat menjawab dengan sebaik-baiknya dan dipermudahkan segala urusan.. Huhu ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…... Jumpa lagi di entry yang mendatang 

Sunday, 6 May 2018

KARNIVAL SENI CITRA


Pada hari Jumaat dan Sabtu (04 Mei dan 05 Mei 2018), telah berlangsungnya sebuah karnival iaitu Karnival Seni Citra di Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat seni kebudayaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.. pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program tersebut berlangsung.. Antara program yang dilaksanakan ialah persembahan seni citra kebudayaan seperti tarian cina, tarian india, persembahan permainan angklung, seni koir, muzik cak lempong, nasyid, dan permainan alat muzik moden.. Bagi pandangan aku, karnival macam ni memang bagus lah untuk diadakan sebab boleh pupuk nilai kebudayaan tu dengan baik dan berkesan.. 




 APAKAH FAEDAH YANG DIPEROLEH OLEH PESERTA?

Faedah yang diperoleh oleh peserta seni itu sendiri ialah, mereka dapat mengembangkan bakat yang terpendam walaupun pada awalnya mereka mengalami kegagalan. Nak belajar tentang sesuatu yang berkenaan dengan seni muzik ini, memang diri sendiri akan belajar erti kesabaran yang sesungguhnya demi menjadikan sesuatu alunan muzik yang berkualiti. Kemudian, seseorang tu sudah tentu dapat menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Melalui kreativiti yang dihasilkan, sesorang itu sudah tentu dapat menjana pendapatan yang tinggi dengan menghasilkan melodi yang indah dan menggubah beberapa lirik lagu.. Zaman sekarang muzik tu adalah salah satu bidang yang dominan sebab semua orang sukakan muzik.. muzik boleh memberikan seseorang itu ketenangan yang tersendiri berdasarkan alunan melodi yang dihasilkan.


HARAPAN 

Harapan buat generasi akan datang ialah beliau berharap supaya lebih ramai anak-anak muda yang ingin mempelajari cara menghargai seni. Aku juga sebagai seorang mahasiswi juga berharap semoga pihak yang bersangkutan dapat menularkan Festival Karnival Seni Citra secara menyeluruh agar bilangan pengunjung lebih ramai pada masa akan datang. Semoga segala hasil karya yang dihasilkan mendapat penghargaan yang tinggi daripada masyarakat setempat dan semoga akan adanya pelapis bagi melestarikan kraf tangan ini yang menjadi lambang kebudayaan bangsa dari turun temurun

Friday, 4 May 2018

Hard To Choose

In this life, every human being will be given the choice to make the best. And of course, what's done will benefit both long-term and short-term. As a human being, we do not run away from tests, confusion, ignorance and even disadvantages. everyone will have their own problems, just depend on themselves whether they can solve the problem wisely or vice versa. keep in mind with yourself that life grows up, so the test will also be heavy ... Be assured of the plans set by the Almighty.
๐Ÿ’š
On 2 May 2018, faculty of economics and managemenet UKM were briefed on selecting majoring costs for the 2nd year and some areas were also listed๐Ÿ’•๐Ÿ˜ ... among others are Monetary Economics and Fiscal Policy, Econometrics and Statistics Applied, Human Resource Development Economics, Islamic Economics, Industrial and International Economics, as well as the Economics and Natural Resources ... In the head of the brain I think two major areas of the Fiscal Policy Monetary Policy as well as the Human Resource Development Economics ... So I think I have started confuse.... because I think too much about my career and career opportunities that I'll get later ...
When I think, from the path to the path ... I'm trying to get in touch with my mentor, Dr. Shahida Shahimi ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€.... she asked me about my course of study .. and she recommended me to take Monetary Economics and Fiscal Policy .... she also ask me for did not think very much about working outside ... while still studying and having a title a student in UKM, just focus on study as much as possible because through learning whatever course that i take, it will sure it can be worthwhile also in the future ...
she also pointed out that the world is now heading towards the 4th industrial revolution .. ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Žso seize opportunities, not only succeed in the field of theory but also succeed in technical fields. one of them is to take the skills in the field of data analysis, the software concerned with data handling and so on. companies now need quality labor in terms of intellectual and skill ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“
Hopefully the choices I choose will benefit my self and others in determining the wise decisions  ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜”๐Ÿ˜Š... though it is difficult in the eyes of people, but if the interest was high in our life, In Shaa Allah it will be happy ... I also have my own priority and spesific target in my future.. Alright, don't forget wish me all the best .. hope to meet again๐Ÿ’œ๐Ÿ’œ

Tuesday, 1 May 2018

ANALISIS KELUK PERMINTAAN DAN PENAWARAN AGREGAT KEYNESIAN


Hai semua, kali ni aku malas nak bercerita, aku terlampau rajin untuk update mengenai nota makroekonomi mengenai analisis keluk permintaan dan penawaran agregat keynesian.. Rajah di bawah ni aku lukis dekat words lepas tu screenshot, harap-harap semua fahamlah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...Rajah di bawah ialah berkaitan dengan peningkatan cukai sekaligus dalam keluk AD-AS dengan andaian harga tidak berubah.. 



๐ŸŽ€ Keseimbangan asal ialah pada titik E0 dengan pendapatan keseimbangan (Y0) dan kadar bunga keseimbanan (r0).  

๐ŸŽ€Peningkatan cukai sekali gus akan mengalihkan keluk IS ke kiri. Rajah di atas menunjukkan keluk IS beralih dari IS0 ke IS1apabila berlaku peningkatan cukai sekaligus dengan andaian pasaran wang tidak berubah. Pendapatan boleh guna menurun iaitu dari (Y0 ke Y1). 

๐ŸŽ€Peningkatan cukai ini akan mengalihkan keluk permintaan agregat ke kiri iaitu dari (AD0 ke AD1) dengan andaian harga tidak berubah dimana keseimbangan asal pada titik E0 , dan pendapatan Y0.. Penggunaan (c) juga menurun hal ini disebabkan peranan cukai diwakili dalam fungsi penggunaan. 

๐ŸŽ€Perkara ini menyebabkan AE menurun, dan untung tertahan juga menurun. Maka, pelaburan juga akan menurun disebabkan oleh peningkatan cukai yang tinggi. 

๐ŸŽ€Keseimbangan baru akan dapat dicapai pada titik E1 iaitu pada keseimbangan pendapatan yang baru (Y1). 

๐Ÿ’“ maaf kalau ada salah, namapun masih belajar... kalau ada kesalahan tolong perbetulkan yaa ,, Sekian sahaja untuk entry kali ini.. semoga bermanfaat untuk pembaca-pembaca sekalian ๐Ÿ’˜๐Ÿ’•๐Ÿ’๐Ÿ˜๐Ÿ˜